Saturday, October 8, 2011

Najib semakin sejuk

Ada sesuatu yang menghairankan saya tentang Datuk Seri Najib. Dulu dia begitu ghairah perjuangkan ketuanan Melayu diMalaysia ini sehingga dia mengangkat keris dan mengajak menentang cina kerana marahkan cina waktu itu.

Najib kelihat sebagai seorang pejuang melayu yang pantang dicabar kerana menghina melayu. Najib kelihatan begitu garang dan hebat dengan keris ditangan dan kehebatan beliau berhujah di perhimpunan. Waktu itu beliau mengetuai barisan pemuda Umno.

Malang sekali jika dilihat sekarang Najib telah hilang taring kehebatan beliau. Beliau tidak lagi garang dipersada politik dengan hujah hujah yang hebat. suatu masa dulu saya tertarik dengan hujahan dan kelantangan suara memeberi semangat kepada pemuda berjuang untuk melayu.

Sememangnya waktu itu jangan ada sesiapa yang berani mengusik melayu kerana Najib adalah orang yang akan menentang habis habisan. Anak muda melayu hebat dibawah pimpinan Najib waktu itu.

Najib telah menjadi sejuk dan banyak tersenyum dan tidak ada jawapan kental dari beliau dengan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang. Beliau lebih suka berdiam diri dari memberi respon kepada pembangkang. 

Kita juga tahu berapa banyak cerita yang tersebar untuk menjatuhkan kepimpinan beliau, tapi kebanyakkannya Najib berdiam diri seperti tidak ada perkara mengaibkan berlaku kepada beliau.

Mengapa Najib bersikap seolah beliau tidak lagi garang dalam arena politik setelah menjawat sebagai Perdana Menteri. Adakah najib lebih bersikap penyabar sekarang berbanding waktu pemuda dulu. Atau najib telah dilakukan sesuatu dengan penonjolan isteri beliau yang kelihatan mengimbangi pemerentahan beliau.

Saya tidak dapat menunjukkan keyakinan dengan kehebatan Najib dalam menerajui pemerentahan negara kerana banyak kelakuan Najib tidak membara lagi. Najib terlalu sejuk. Banyak tersenyum dan sikap berdiam diri memberi gambaran bahawa najib telah ditundukkan.

Saya melihat najib dikalahkan oleh sesaorang yang ingin mengimbangi pemerentahan beliau. Najib tidak lagi bebas dalam melakukan keputusan pemerentahan seperti dilihat oleh Perdana Menteri lain.

Betulkah begitu. Cukup malang jika benar seperti diperkatakan. Najib perlu lari dari kongkongan itu. Najib perlu bebas dengan jawatan yang dipegangnya.

Maafkan saya Datuk Seri saya bersimpati.

No comments:

Post a Comment