Sunday, October 9, 2011

Istikomah dengan perjuangan politik

Kenapa Umno tidak dapat terima keperibadian Nik Aziz sebagai seorang yang warak dan patut dicontohi oleh rakyat terutama orang politik. Perkara ini sering menjadi persoalan pemahaman tentang perjuangan politik di Malaysia.

Saling menuduh memberi gambaran politik di Malaysia masih lagi ketinggalan ditambah lagi kegiatan politik yang banyak memungkari hukum Islam. Tanpa mempedulikan hukum halal haram perjuangan politik dilaksanakan. Pemahaman politik moden tidak masuk dengan penglibatan politik seperti yang diajarkan oleh Muhammad s.a.w.

Bagi pemahaman yang diamalkan oleh pengamal politik diMalaysia adalah jika berpolitik halal haram tolak ketepi. kalau nak berpolitik tidak boleh melihat hukum kerana semua itu akan membantut proses pengamalan politik moden.

Politik moden tidak memasukkan perundangan Islam dalam kamus dan peradaban. Politik moden hanya terhad kepada teknik sehingga tidak menyalahi hukum dunia yang rata rata diamalkan sekarang. 

Bersalahan dengan pengamal politik yang mendepani hukum Allah sebagai pengacaraan perjuangan dalam politik. Mereka ini tidak boleh membelakangi hukum Allah kerana itu yang hak dalam urusan politik. Hanya hamba Allah yang faham dan menghayati Islam sahaja faham dengan perjuangan ini.

Ramai tidak dapat berada dalam perjuangan politik yang tidak membelakangi perundangan Islam. Politik yang diamalkan sekarang adalah politik tidak melibatkan ketuhanan. Jika mahu berpolitik jangan bawa masuk agama kerana politik mempunyai undang undang sendiri yang telah digubal oleh akal manusia.

Paling parah dengan pengamal politik moden ini tidak ada halangan alam politik asalkan ianya tiak menyalahi undang undang dunia. Seburuk mana kesan dari amalan ini tidak menjadi perkara pokok kerana apa yang penting adalah kemenangan parti yang diikuti. Pengamalan politik moden ini termasuklah pengamalan rasuah dan penyalahan guna kuasa dalam pemerentahan.

Inilah apa yang telah berlaku dengan politik di negara kita sekarang. pengamal politik tidak mahu melibatkan hukum Islam kerana itu akan memendekkan langkah mereka sekaligus akan menyukarkan mereka untuk meraih kemenangan.Dengan itu meeka membina hukum sendiri bahawa politik tidak melibatkan agama. 

Bayangkan jika politik melibatkan agama sepertimana yang diamalkan oleh parti PAS. Banyak kesukaran tapi parti ini tetap dengan perjuangan yang sama sepanjang masa dan tiak bersalahan dengan hukum Islam. Walaupun sukar berdepan dengan parti yang tiodak meletakkan Islam sebagai landasan tapi mereka ini istikomah dengan parti.

Secara ringkasnya sukar mengamal politik dengan meletakkan Islam sebagai landasan perjuangan tapi sebagi hak kepada setiap manusia yang menganggap diri mereka sebagai Islam.

No comments:

Post a Comment