Sunday, October 30, 2011

Hujah dengan iman

Saya memebimbangi dengan suasana politik tanah air sekarang kelihatan semakin terdesak kerana tidak mampu lagi berlawan hujah.

Mungkin terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan hingga sukar untuk berlawan hujah. Ketidakmampuan ini membawa kepada kegusaran dan perasaan marah sehingga mendesak diri menawar keganasan bagi menutup mulut lawan.

Keimanan dalam diri telah semakin cetek menyebabkan diri tidak lagi dapat menilai hukum dan keharmonian dalam politik. Semakin sukar membina hujah bagi melawan hujah dan timbulnya perasaan marah tidak sedar mulut ringan mengeluarkan kata kata kesat bagi memberi amaran kepada lawan bahawa marah sedang menguasai perasaan.

Bagi hujah yang penuh dengan keimanan akan berlapang dada kerana mereka tahu bahawa hujah yang dibawa bersama keimanan akan menemui kekuatan. Berhujahlah dengan iman kerana itu akan mendapat kemenangan dari Allah

No comments:

Post a Comment