Sunday, October 9, 2011

Disebalik had umur persaraan dilanjutkan

Pemerhatian saya kepada perubahan kerajaan lakukan kepada umur pencen penjawat awam terutamanya adalah kerana mengekang penjawat awam dari bertukar arah seperti berlaku sekarang. 

Perubahanyang kencang berlaku ramai penjawat awam pencen telah berani menyatakan pendirian mengubah arah menyokong pembangkang. Fenomena ini menjadi tamparan hebat kepada parti pemerentah sekarang kerana jika had umur pencen tidak ditambah kepada 60 atau lebih akan ramai lagi penjawat awam pencen akan tampil menyatakan pendirian berubah arah.

Perkara ini telah apat dihidu oleh kerajaan kerana prestasi penjawat awam semasa bertugas dengan selepas pencen jauh berubah. Penjawat awam prestasi mereka semasa bertugas amat cemerlang dengan sokongan kepada kerajaan.

Tugas rugas sambilan yang di berikan dapat dijalankan dengan cemerlang sehingga parti kerajaan menganggap penjawat awam berada dipihak parti kerajaan. Tugas tugas yang diarah kebanyakan adalah untuk memajukan dan memperkukuhkan sokongan kepada parti kerajaan.

Tidak kurang juga kepada penjawat awam bertindak sebagi agen kepada parti kerajaan bagi maraih sokongan mengundi parti kerajaan dalam pilihanraya. Mereka ini juga bertindak sebagai penyampai maklumat kepada parti kerajan bagi sesiapa yang bertindak menentang kerajaan terutama pekerja yang terlibat dengan kerajaan.

Pemberi maklumat tentang tidak ada sokongan dari orang yang memohon bantuan dari kerajaan maka orang itu adalah penjawat awam yang dipaksa menjalankan tugas itu.

Bagi meneruskan prestasi penjawat awam supaya masih bertugas bagi pehak parti kerajaan maka had umur pencen dilanjutkan segera sebelum PRU 13. Bagi memastikan penjawat awan akan terus menjalankan tugas kepada parti kerajaan, mereka diminta bertugas dalam kerajaan dan parti kerajaan dapat memastikan penjawat awam ini akan terus menyokong parti kerajan.

Amat penting kepada parti kerajaan mengekalkan bilangan penjawat aawam yang akan dikekang pergerakan mereka dan memastikan mereka mengundi kerajaan untuk PRU 13 nanti. Selepas PRU nanti belum tentu had umur persaraan ini akan kekal jika parti kerajaan kekal memerentah.

No comments:

Post a Comment