Kita lihat nanti bagaimana kerajaan akan berdepan dengan penentangan dari rakyat yang tidak setuju dengan tindakan terhadap Prof Aziz. Mungkin kerajaan masih tidak serik dengan kekalahan moral dengan perhimpunan Bersih dulu.
Kerajaan telah dilihat sebagai kalah dalam menangai perhimpunan rakyat menentang tindakan kerajaan tidak memberi tumpuan kepada pilihanraya yang bersih. Jika dakwaan keatas Prof Aziz tidak ditamatkan kepada sepatutnya, kerajaan akan berdepan dengan penentangan dari rakyat sepert berlaku perhimpunan Bersih.
Kerajaan akan berdepan dengan prestasi yang amat buruk dalam sejarah pemerentahan negara. Kali ini kerajaan akan melihat kepada kebangkitan rakyat yang tidak suka dengan tindakan kerajaan. Kerajaan akan dilihat sebagai lemah dalam menangani isu yang ditimbulkan oleh rakyat. Kerajaan dilihat tidak pandai menilai pendapat dari rakyat bijak pandai atau hasutan.
DS najib kelihatan amat lemah untuk mengambil tindakan bijak dalam menyelesaikan kemelut yang terhasil dari pandangan rakyat. Rakyat kini tidak lagi dihormati dengan pendapat yang dikeluarkan dengan kekangan diberikan kepada rakyat yang banyak ememberi tentangan kepada kerajaan.
Kerajaan sepatutnya tiak bertindak begini kerana tidak kelihatan hasutan dalam kenyataan yang dibuat oleh Prof Aziz. Kenyataan itu dikira sebagai pendapat bijak pandai yang memberi pendapat kepada kerajaan. Jika pendapat orang bijak pandai dilayan sebagai penjenayah maka akan tenggelamlah bijak pandai dinegara ini kerana tidak ramai bijak pandai akan tampil memberi pendapat ilmiah.
Universiti tidak lagi dianggap sebagai pusat melahirkan bijak pandai tetapi sebagai tempat pengajian biasa yang tidak diharap sumbangan kepada negara.
No comments:
Post a Comment