Tuesday, October 25, 2011

Ilmiah lawan undang ungang

Satu tindakan yang licik meredakan kegusaran rakyat dengan membebaskan Prof Aziz dari tindakan digantung. Dalam masa yang sama prof Aziz dilakukan sebagai suspek kepada tindakan beliau dalam kenyataan lepas. Prof Aziz masih dalam siasatan dan tidak mustahil akan dikenakan tindakan berat disebalik membenarkan beliau bertugas semula.

Tindakan membenarkan prof Aziz bertugas semula sengaja dibuat bagi mengelakkan serangan rakyat keatas kerajaan. Pandangan rakyat tidak senang sdengan tindakan yang diambil namun disebalik perlepasan ini masih ada lagi tindakan keras yang akan dikenakan kepada prof Aziz.

Nampak seperti prof Aziz tidak akan lepas dengan kenyataan beliau dan akan dikenakan juga tindakan undang undang bagi menyatakan bahawa kerajaan amat marah dengan apa yang dinyatakan oleh prof Aziz.

Tindakan dilakukan kepada prof Aziz akan dibuat dibelakang tabir bagi mengelak rakyat melakukan demostrasi secara besaran. Seperti apa yang berlaku sekarang mahasiswa sedang melakukan tindakan memprotes keputusan kerajaan menggantung tugan prof Aziz.

Protes ini akan berterusan menyebabkan DS najib tidak berani datang ke UIA takut dengan protess yang akan dilakukan malam nanti. Kelihatan kerajaan tidak berani dengan tindakan rakyat tapi tetap akan bertindak disebalik pengetahuan rakyat agar rakyat tidak mengganggu keputusan yang akan dibuat nanti.

Dengan apa yang dilihat sekarang ini rakyat mampu mengubah keputusan kerajaan kerana kelemahan yang ada pada kerajaan ditambah lagi kerajaan tidak bijak membuat keputusan dihadapan rakyat.

Saya percaya perkara ini akan berlanjutan sehingga prof Aziz akan dibebaskan kepada sebarang tuduhan sepertiman sepatutnya dilakukan kerajaan. Saya melihatnya protes ini akan berlanjutan sehingga ke musim pilihanraya nanti.

Amat malang jika rakyat tidak dapat menyelamatkan prof Aziz dari dikenakan tindakan diluar kewarasan. Amat malang juga bagi rakyat kerana akan berterusan penyekatan perkembangan ilmiah dari seorang rakyat  yang bijak bagi mendidik rakyat umum.

Kejadian ini perlu dijadikan pokok dalam membebaskan cerdik pandai dari dikongnong dari memeberi pendapat ilmiah mereka tanpa diganggu dengan tindakan yang tidak wajar.

No comments:

Post a Comment