Satu pemerhatian pengurusan parti pemerentah membahagi populasi penduduk di negara ini dengan mengekalkan tahap kemiskinan dalam masyarakat. Golongan miskin ini adalah untuk modal pembangunan yang akan dibawa dalam pembentangan belanjawan dan modal meraih sokongan dalam pilihanraya.
Golongan ini adalah golongan terdesak dalam kehidupan moden yang semakin jauh meninggalkan golongan ini sehingga golongan miskin tidak mamapu mengetahui apa terjadi dalam perkembangan negara.
Golongan miskin ini hanya tahu kerajaan memerentah negara cuma stu parti sahaja. Parti lain yang timbul atau datang memberi pandangan berlainan tidak dilayan. Golongan miskin ini akan dikekalkan sehingga bila bila kerana ia adalah modal memenangi pilihanraya.
Setiap kali pilihanraya golongan miskin inilah yang akan dituju untuk memberitahu bahawa parti kesayangan mereka akan mengadakan pilihanraya dan masa untuk golongan ini menjalankan tugas memberi undi bagi memungkinkan parti kerajaan memerentah lagi.
Golongan ini akan diberi layanan istimewa dalam masa pembentangan dan kempen pilihanraya. Golongan ini akan diberi ingatan bahawa tidak ada parti yang dapat memberi jaminan kehidupan sempurna seperti mereka lalui selama ini.
Oleh kerana pengetahuan tentang kemajuan dalam negara tidak mereka ketahui maka senanglah parti pemerentah memberi gambaran bahawa mereka sekarang dalam kedaan senang dengan bantuan yang diberikan. Golongan ini diberi maklumat bantuan yang telah aparti pemerentah berikan kepada mereka selama pemerentahan.
Tanpa pengetahuan yang tinggi mereka mempercayai apa yang di beritahu dan menyakini dengan pengetahuan yang terhad bahawa pembangunan yang berlaku dalam Malaysia adalah hanya parti pemerentah sahaja yang buat. Parti lain tidak mampu lakukan dan tidak pernah lakukan selama Malaysia merdeka.
Maklumat ini selalu disemat dalam pengetahuan rakyat seperti ini melalui apa saja perantaraan sehingga rakyat golongan ini menjadi tegar dengan pengetahuan tidak ada parti lain yang maampu memerentah negara ini selain BN.
Lebih setengah abad rakyat Malaysia diisi denga pengetahuan ini sehingga tidak ada parti sebaik BN dan tidak ada parti yang berhak memerentah negara ini hanya BN.
Golongan ini masih besar dalam bilangan pengundi di negra ini. Golongan ini mampu memberi satu sokongan yang besar dalam pilihanraya. Perlu pemerhatian agar golongan ini sentiasa terdedah dengan perkembangan negara.
No comments:
Post a Comment