Terfikir juga saya yang jahil ini peranan mufti dalam sebuah negeri dalam soal hukum agama. Apa yang aku tahu umat Islam perlu dijaga dengan hukum agar tidak melakukan kesalahan dalam agama.
Kelihatan dalam negara sekarang banyak persoalan dalam hukum perlu kepada penjelasan dan peranan dari orang yang dibenarkan mengisytiharkan undang undang. Di sekelliling kita sekarang ini banyak perkara tidak bertepatan dengan undang undang Islam. Banyak perkara yang perlu dijawab kerana ramai antara kita tidak dapat menuruti dengan baik undang undang yang diwartakan.;
Ilmu yang kita dapat dengan mengajar dimasjid melalui kuliah tidak memberi satu pandangan secara umum dengan masalah dihadapi masyarakat sekarang. tidak ramai hadir mendengar pengajian Islam yang diajar di masjid.
Pengumuman melalui media lebih memberi kesan kerana sekarang masyara lebih menumpukan perhatian kepada pengumuman di media dari mendengar pengajian dimasjid. Walau kita lihat masjid ramai yang hadir tapi jika dikira dengan masyarakat yang ada pratusannya amat kecil.
Penyampaian maklumat amat kecil bilangan yang menerima melalui masjid jika dibandingkan dengan penyebaran melalui media.
Penyebaran pengajian Islam tidak dapat dibanggakan dan kesan amat sedikit seperti terdapat dalam siaran media sekarang. Masyarakat tidak ramai mendapat pengajaran melalui media malah media bukan sati saluran penyebaran permasalahan Islam yang dapat membantu masyarakat Islam memahami dan mendapat pengajaran mengenai permasalahan Islam.
Peranan media umum sekarang amat kecil dalam usaha dakwah. Siaran yang dibuat tidak memeberi satu kesan mendalam kepada masyarakat dalam usaha meningkatkan syiar Islam. Walau pun siaran media tidak bergantung kepada penyiaran iklan namum kesungguhan dalam menyebar pengajaran Islam masih ditahap rendah.
Sebagai contoh dalam sejam kita menonton atau mendengar siaran media belum kita dihidangkan dengan pengajaran Islam. Tidak ada walau sepotong pedoman untuk masyarakat yang meonton semasa mereka menonton.
Kita tahu tidak ramai yang hadir kemasjid mendengar pengajian Islam jika di bandingkan dengan bilangan masyarakat sekeliling. Pratusannya amat sedikit. Jika dilihat penyampaian dibuat untuk memberi pedoman kepada masyarakat, penyampaiannya tidak mencapai pratusan yang tinggi. Hanya sebilangan kecil sahaja yang menerima penyampaian itu.
Peranan media menggantikan peranan penyampaian ini kerana masyarakat lebih menumpukan kepada media untuk mendapat maklumat dari hadir ke masjid mendengan pengajian Islam.
Kita sedar ramai masyarakat kita kurang minat dalam mendlami pengajian Islam. Dengan penyebaran melalui media dibuat secara bersungguh sungguh akan memberi kesan kepada masyarakat walau sepotong nasiha setiap hari.
No comments:
Post a Comment