Datuk Ibrahim Ali (DIA) sedang sibuk menjual nama dia agar boleh dicalonkan dalam pilihan raya nanti. DIA berkeyakinan akan dapat diberi peluang menawan Pasir Mas dengan tiket BN.
Mungkin DIA tidak faham atau terdesak kerana hayat politik beliau semakin hampir musnah. Kalau dilihat kepada situasi sekarang DIA tidak mempunyai banyak peluang untuk berada dalam parlimen untuk penggal akan datang jika tidak dibantu BN.
DIA akan terkubur dalam arena politik jika BN tidak memberi peluang terus memegang status wakil parlimen.
Jika mengikut sejarah lepas DIA hanya bergantung kepada populariti sesebuah parti untuk mendapat sokongan dalam pilihanraya. Pilihanraya akan datang tidak nampak parti yang dikira akan sudi mengambil beliau sebagai calon adalah BN. Walau BN tidak berapa percaya dengan DIA namun di pasir Mas DIA lebih aktif dari ketua bahagia Pasir Mas.
DIA lebih menonjol dari ketua bahagian Pasir Mas jadi berkemungkinan tidak ada pilihan lain BN akan meletak DIA sebagai calon pilihan BN walai DIA bertindak sebagai calon bebas.
Kita sama sama lihat nanti bagai mana sambutan DIA di Pasir Mas kerana bukan senang rakyat Pasir Mas menerima apa yang telah dilakukan DIA. DIA perlu menanggung perbuatan beliau menipu rakyat Pasir Mas.
No comments:
Post a Comment