Saya mencadangkan kepada semua rakyat malaysia agar memeberi satu peluang kepada kumpulan yang ingin memajukan negara. Walau mere masih belum menunjukan rekod namun kita tahu mereka juga mempunyai kemampuan yang terserlah.
Kenapa kita tidak memberi peluang kepada mereka kerana ini juga akan memeberi kebaikan kepada kita juga. walau siapa mereka kita tahu mereka akan melakukan untuk kita. Kita juga tahu bahawa kita tidak akan rugi apa apa dengan kerja yang mereka lakukan kerana sudah pastinya mereka akan lakukan untuk kita.
Saya yakin kita akan mendapat keuntungan dengan siapa saja yang memerentah kita. Sekarang ni juga kita mendapat banyak faedah walau ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang mereka dapat. Untuk memuas hati semua rakyat adalah mustahil kerana rakyat Malaysia bermacam ragam.
Dengan kebaikan yang ada sudah tentu kita tidak akan rugi malah kita juaga akan mendapat keuntungan dari kerja yang mereka ini lakukan. Untuk rekod kita juga dapat lihat dari hasil kerja mereka dipihak lain dengan kerja yang cemerlang. Sudah pastinya rakyat juga yang mendapat keuntungan bermakna kita juga mendapat keuntungan.
Kenapa kita tidak berubah selera dengan corak pemerentahan baru yang juga memberi kita stu rasa kepuasan dengan layanan seperti ditunjukkan. Kenapa kita takut untuk membuat perubahan dalam pemerentahan negara pada hemat saya berada dalam selera yang sama.
Marilah kita berubah selera dengan mengecapi selera baru dan memberi satu keuntungan besar kepada kita kerana kita berjaya menentukan siapa yang layak berkhidmat untuk kita. Kita adalah tuan dalam negara ini. Kita berhak menentukan siapa yang layak memberi khidmat mereka untuk kepentingan kita.
Lihatlah negara Jepun kemajuan mereka dari pertukaran perdana menteri membebankan rakyat malah menambah kemajuan. Kita belum cuba jadi cubalah sekarang untuk kebaikan dan keuntunga kita.
No comments:
Post a Comment