Rakyat tentu dapat membaca tujuan kerajaan memeberi bantuan kepada rakyat dan dalam masa yang sama tidak memberi dengan ikhlas. Rakyat dipaksa mendengar syarahan politik sebelum diberi wang bantuan tersebut.
Kalau kita lihat kepada perlaksanaan pemberian bantuan itu kita lihat bahawa kerajaan sebenarnya ingin mengumpul rakyat untuk diberikan syarahan politik. Rakyat terpaksa mendengar syarahan yang tidak popular kerana orang yang memberi syarahan itu kelihatan janggal dan tida arif melihat mod rakyat ketika itu.
sudah tentu rakyat tidak selesa dengan apa yang mereka kena buat sebelum mendapat bantuan sebelum ini diberitahu kerajaan perihatin dengan kesukarana rakyat berada dalam suasana ekonomi tidak menentu ini.
Rakyat diberitahu kerajaan memberi bantuan kepada semua rakyat tidak mengira fahaman politik kerana perihatin kerajaan kepada rakyat. Malang sekali pada masa yang sama kerajaan tunjukan sifat tidak ikhlas nya kepada rakyat dengan memberi syarat perlu mendengar syarahan politik dari wakil parti kerajaan dahulu sebelum menerima wang bantuan tersebut.
Rakyat dah banyak kali menerima syarat begini bila kerajaan pusat memberi bantuan kepada rakyat. Kenapa bermusuhan denan rakyat. Sedarkan kerajaan bahawa selama keerajaan memerentah negara rakyat ini juga yang pernah memangkah dan memeberi kemenangan kepada mereka yang berjawatan sekarang.
Apakah kerajaan terlupa mereka mendapat undian ini adalah dari pangkah yang diberikan rakyat ini kepada mereka. Rakyat ini juga yang memberi peluang kepada kerajaan memerentah negara bertahun tahun dan dalam sejarah tidak pernah bertukar kerajaan.
Kenapa mereka lakukan kepada rakyat yang pernah memangkah meraka seolah rakyat ini tidak pernah memberi sokongan kepada mereka. Malang sekali rakyat negara ini tidak mendapat penghormatan atas pengorbanan yang diberikan selama ini sehingga dianggap sebagai musuh kepada kerajaan.
Kerajaan kelihatan tidak mampu memanggil rakyat untuk berkumpul dalam menyampaikan berita berita politik semasa kerana rakyat tahu apa yang akan diberitahu adalah sama seperti diberitahu di setiap perjumpaan. Penerangan yang akan disampaikan tidak mendatangkan minat dari rakyat kerana ahli politik yang memberi penerangan itu tidak pandai berhujah dan menarik minat rakyat untuk mendengar.
Rakyat seolah diperbudakkan dengan umpan untuk menarik datang dan berkumpul. Kalau dipanggil hanya tujuan memberi penerangan politik sudah pastinya program itu akan gagal kerana kehadiran yang tidak mungkin untuk program itu diteruskan.
Rakyat tahu bantuan kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengumpul rakyat mendengar syarahan politik dari ahli politik parti kerajaan. Kalau tidak kerana wang bantuan ini rakyat tidak akan hadir untuk mendengar syarahan politik.
No comments:
Post a Comment