Wednesday, November 23, 2011

DIA menitiskan air mata rakyat


Dato Ibrahim Ali ( DIA ) sekali lagi menunjukkan dia sekarang semakin tenggelam dalam arena politik. Kenyataan tebaru eliau adalah satu petanda bahawa DIA sekarang sedang menagih simpati dan perlukan talian hayat untuk terus hidup.

Tidak siapa tahu apa akan dilakukan lagi untuk meneruskan nafas politik DIA kerana setiap kali DIA membuka mulut kenyataan yang aneh akan dikeluarkan. Semua ini adalah kerana DIA tidak lagi mempunyai hayat yang panjang dalam arena politik di Malaysia.

DIA bertungkus lumus untuk membetulkan diri yang sedang rebah agar disokong oleh rakyat tempatan agar dipilih untuk mewakili rakyat sebagai ahli parlimen. Namun apa yang dilakukan selama ini memeberi kesan mendalam kepada rakyat bahawa DIA tidak begitu menarik untuk diberi tugas sekali lagi sebagai wakil parlimen .

Isu yang dibawa dalam parlimen tidak memberi keuntungan kepada rakyat kerana tidak ada kekuatan hujah. Setiapkali DIA berhujah dalam parlimen kekecohan akan berlaku. Dengan sifat garangnya tidak menunjukkan beliau dapat memberi kepuasan kepada rakyat diwakilinya.

DIA tidak memberi penghormatan kepada rakyat yang diwakilinya. Setiap tindakan yang dibuat bukan menjurus kepada suara rakyat yang diwakili. Keputusan dibuat berdasarkan kepada pertimbangan sendiri malah tidak lansung menggambarkan bahawa keputusan dibuat mewakili suara rakyat.

DIA banyak menabur bakti dan tidak kurang menabur duit kepada rakyat kawasan diwakilinya. namun pada masa yang sama DIA tidak memberi sebab tindakan beliau membelakangi rakyat yang memberi undi kepada DIA sebagai menyokong tindakan DIA berada dibawah naungan kerajaan negeri.

Keputusan menarik diri menyokong kerajaan negeri adalah satu tindakan menghina rakyat yang memeberi undi kepada beliau. Sehingga sekarang rakyat masih terasa penghinaan itu. Rakyat menunjukkan rasa kesal dengan tindakan yang dibuat seolah mencuri harta rakyat yang memberi kemenangan. 

Harta rakyat yang dicuri itu dibawa seolah itu adalah harta pemberian rakyat. Rakyat menganugerahkan harta itu kepadanya dan DIA berhak melakukan apa saja terhadap harta itu. Rakyat tidak lagi berhak atau bertindak menarik balik anugerah itu kerana apa diperolehinya adalah hak yang tidak boleh diganggu lagi.

Air mata rakyat mengalir kerana melihat pencuri membawa lari harta didepan mata tanpa merasa bersalah malah menggondol harta itu semahunya. Dengan air mata itu rakyat akan mendoakan DIA tidak lagi mampu melakukan tindakan jahat itu lagi malah didoakan agar terkuburnya DIA dalam arena politik tanah air. 

Doa orang yang teraniaya diambil kira oleh Allah s w t. Seharusnya DIA perlu memohon ampun kepada rakyat diwakilinya sekarang walau tidak ada undang undang mampu menyekat tapi undang undang uhan lebih adil.

No comments:

Post a Comment