Thursday, November 24, 2011

Mereka tetap rakyat Malaysia

gambar hiasan

Kelantan sekali lagi diberi syarat untk kemajuan dan pembangunan mesti memberi kerajaan BN memerentah negeri itu. Kalau kerjaan BN masih tidak memerentah Kelantan maka rakyat Kelantan akan merasai kesukaran seperti sekarang.

Masalah baru yang timbul meemberi peluang sekali lagi kepda kerajaan BN memberi syarat untuk menukar masalah tersebut. Masalah yang timbul ini adalah dari kelemahan kerajaan PR kerana tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk mentadbir negeri.

Bunyinya seperti kerajaan PR perlu endapatkan kewangan sendiri untuk memerentah negeri yang diperolehi dari mandat rakyat. Kerajaan BN tidak akan mencampuri urusan kewangan kerajaan negeri kerana fahaman yang berlainan.

Rakyat Kelantan perlu menyokong kerajaan BN jika mahukan kemajuan dan kewangan yang cukup untuk membangunkan negeri. Rakyat Kelantan tidak boleh mendapat peruntukan dari kerajaan BN jika keajaan BN yang memerentah ngeri Kelantan.

Bunyi seperti janggal dan pelik saja syarat yang diberi oleh TPM. Kalau nak kemajuan kena sokong kerajaan BN. Dimana kerajaan BN dapat duit untuk memberi pembangunan kepada Kelantan. Siapa yang beri duit kepada mereka dengan megahnya menyatakan peruntukan datang dari kerajaan BNjika dapat perentah Kelantan.

Kalau Kelantan diperentah oleh kerajaan PR kemana perginya peruntukan sepatutnya diberikan kepada Kelantan. Bacaan biasa orang kampung adalah peruntukan itu digunakan untuk penuhkan poket kroni kerajaan BN melalui projek mega yang direka.

Peruntukan itu akan disalurkan kepada peruntukan projek imana sebahagian besar dari kroni akan mendapat keuntungan besar walau projek tersebut tidaak mendapt manfaat kepada rakyat. Projek itu direka untuk mangait kewangan ari peruntukan itu untuk dimasukkan kedalam saku kroni kerajaan BN.

Begini saja cara untuk membantu penyokong kerajaan BN dengan kewangan dibelakang peruntukan projek dianugerahkan. Dari sinilah kita dapat lihat bahawa rakyat yang meembayat cukai terlopong melihat sebahagian dari penyokong kerajaan BN mendapat manfaat dan ditonjolkan dengan kemewahan diperolehi dari hasil sokongan kepada kerajaan BN.

Bagi rakyat yang menentang kerajaan BN dinafikan hak mereka kerana mereka seolah perlu mendapatkan kewangan sediri untuk kehidupan kemajuan mereka. Kerajaan BN tidak akan mencampuri urusan membantu rakyat dinegeri itu kerana rakyat negeri itu mempunyai kerajan sendiri. Biarlah keajaan yang dipilihnya yang mencari kewangan untuk menjaga kebajikan rakyat negeri itu.

Malang sekalai kita memepunyai kerajaan pusat yang berhati busuk kerana bersikap dengki dan tidak ada sifat kemanusiaan yang beriman. Hanya manusia yang jahil dengan keagamaan mempunyai sifat dan hati sebegitu.

Terbukti apa yang dapat dilahat sekarang walau kerajaan PR memerentah negeri namun semua rakyat tidak kira mana maana parti akan diberi bantuan dan peruntukan untuk kemajuan dan kebajikan. Semua rakyat dapat rasa kemajuan negeri hasil usaha kerajaan negeri yang memerentah. 


Tentu dapat dibayangkan jika kerajaan PR dapat memerentah negara in apa akan dilakukan kepada semua rakyat negara ini. Perbezaan politik bukan sebab untuk diabaikan kebajikan mereka. Bila ia sebagai rakyat Malaysia maka berhaklah mereka untuk mendapat bantuan atau apa saja diperuntukkan oleh kerajaan yang mementah. Tidak ada lagi begi negeri diperentah berlainan dengan parti kerajaan peru mencari sendiri kewangan mereka untuk kebajikan rakyat.

Sepatutnya kerajaan memerentah melakukan nilai nilai sebegini untuk menjaga kebajikan rakyat. Rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama walau berbeza parti. Mereka tetap rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment