Saya mengajak rakyat Malaysia menjadi tuan dalam negara kita.Saya mengajak rakyat Malaysia agar berani menentukan siapa yang layak menjadi petugas memajukan negara.
Kita melihat ramai yang menonjolkan diri dan tidak kurang menjual diri agar mendapat perhatian rakyat. Menjaul diri agar mendapat perhatian rakyat memilih mereka dalam pilihanraya nanti. Agar mereka dapat menjadi Yang Berhormat dan dapat penghormatan dari rakyat.
Saya melihat kebanyakan rakyat tidak sedar bahawa mereka yang menonjolkan diri ini kebanyakan tidak mampu melakukan kerja dengan baik kerana mereka hanya ingin mendapatkan kuasa agar dapat membolot keuntungan dari kuasa yang diberikan kepada mereka.
Tujuan sebenar mereka bukanlah berkhidmat untuk rakyat tapi untuk mendapat kuasa dan banyak kelebihan mereka akan dapat nanti. Mereka inia akan merugikan Malaysia kerana banyak perkara mereka lakukan akan memebawa kepada kerugian kepada negara.
Janganlah kita terpedaya dengan janji mereka ini kerana kita adalah tuan dalam negara kita. Selama ini kita hanya bertindak sebagai orang yang disuruh. Bertindaklah sebagai tuan. Jangan pandang kepada politik lihatlah kemampuan kumpulan yang mampu menunjukkan kebaikan kepada kita.
Kita mampu melihat dan menilai mereka ini kerana kitalah tuan kepada negara kita.
No comments:
Post a Comment