Tuesday, November 22, 2011

Anak muda sudah bersedia berada didepan



Kita melihat anak muda sekarang semakin kedepan dan berani berdepan dengan masyarakat dan kerajaan untuk menuntut kebebasan. Anak muda juga tidak lagi tunduk dengan kehendak politik semasa kerana mereka meempunyai agenda tersendiri.

Malang sekali agenda yang diperjuangkan oleh anak muda secara umumnya berkebetulan dengan perjuangan yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat. Tidak mustahil anak muda akan bersama dengan PR untuk menuntut kebebasan yang diperlukan.

Apa yang diperlukan oleh pemimpin PR adalah memberi dorongan dan menjaga tatasusila anak muda pada masa ini kelihatan lebih agrasif dengan tindakan. Pimpin anak muda agar tidak melangkaui peradaban dalan menuntut kerana kita orang Malaysia perlu kekal dengan kesopanan dan menjaga keharmonian.

Sebagai sebuah parti sedar dengan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan sekarang, perlulah memeberi perhatian kepada anak muda agar mereka akan melakuakn tidakan tidak melampaui batasan perundangan. Anak muda kita tahu mempunyai perasaan cepat panas dengan kehendak mereka.

Amat bahaya jika kita masyarakat yang sedar akiat terlalu mengikut perasaan dalam menuntut satu satu perkara tanpa meemounyai sifat sabar dan berhemah. Sifat sebegini perlu kepada anak muda agar mereka akan dihormati dan disegani. Sifat terburu buru akan meembawa banyak keburukan kepada gerakan yang dilakukan.

Kelihatan sekarang hanya parti dalam Pakatan Rakyat sahaja yang lebih menjurus kepada perjuangan memeberi hak anak muda membuka suara dalam masyarakat. Pimpinan PR lebih mendekati dan lebih memahami kehendak dan keperluan anak muda seperti diperjuangkan. Tidak hairan jika anak muda lebih selesa berada dalam sokongan PR untuk menuntut kebebasan.

Kelihatan kerajaan banyak mengongkong anak muda dalam memberi pendapat dan suara dalam masyarakat kerana bimbangkan anak muda bertindak keterlaluan bila kebebasan diberi. Tidak kelihatan bagaimana untuk mendidik anak muda lebih berhemah dengan tuntutan dan perjuangan agar tidak ada keterlaluan dalam tindakan.

Kerajaan lebih selesa bertindak menyekat dan menghalang tuntutan anak muda dikira akan memberi takanan kepada kerajaan. Dari awal lagi kerajaan tidak berada bersama anak muda mendengar keluhan mereka dalam tuntutan kebebasan bersuara. Anak muda disekat kerana bimbang tindakan suara anak muda itu akan membahayakan kerajaan dan negara.

Tindakan kerajaan akan lebih menyukarkan lagi kerana anak muda akan memberontak dan mencari peluang untuk bertindak menentang sekatan dari kerajaan. Malahan sekarang terdapat PR yang turut perjuangkan keperluan anak muda menyertai kepimpinan kerajaan sebagai sebahagian aset diperlukan untuk pembangunan negara.

Dimana letaknya pertimbangan kerajaan dalam pembangunan saksiah anak muda dikatakan lebih maju dari anak muda 20 tahun yang lalu. Anak muda sekarang lebih kedepan dan tidak sabar untuk bersama kerajaan membangun negara. Lihatlah barapa ramai anak muda di universiti dan dalam bidang sukan berlumba untuk mewakili negara bagi menunjukan bahawa meraka adalah sebagian dari negara juga mampu mempamirkan kewibawaan.

Kerajaan terlepas pandang bahawa anak muda sekarang telah bersedia untuk berada sebaris dengan kepimpinan negara memberi khidmat mereka setanding dengan kepimpinan yang ada.

Tugas kita sebagai orang yang lebih senior untuk memberi ruang yang terbaik dan menunjukajar kepada anak muda bagaimana menjadi rakyat harapan negara yang lebih baik dan lebih berhemah dari kepimpinan yang ada.

No comments:

Post a Comment