Friday, November 25, 2011

Anak Muda Tidak Difahami Kehendaknya

Tidak kita mana parti politik sekarang banyak memberi perhatian kepada anak muda sebagai golongan penting untuk pembangunan negara. Kerajaan juga banyak memberi perhatian kepada penampilan anak muda dalam menyokong pembangunan kerajaan.

Paa masa yang sama juga kerajaan memberi tekanan kepada anak muda dalam kegiatan mereka untuk turut serta melibatkan diri dalam pembangunan negara. Kerajaan seolah memilih peranan anak mua mengikut kehendak mereka penglibatan anak muda dalam pembangunan negara.

Kerajaan menyanjung anak muda dan pada bahagian lain kerajaan menyekat kegiatan anak muda. Pendirian kerajaan ini tidak menampakkan kepada usaha pembangunan negara yang sihat.

Anak muda tidak sepatutnya diperlakukan begitu kerana anak muda memrlukan ruang yang luas untuk mereka bergerak disamping pandangan dan nasihat berguna untuk menjadikan sempadan kepada anak muda mengelakkan diri dari kesilapan.

Ramai anak muda tidak selesa dengan agenda kerajaan menyusun anak muda bergerak aktif dalam masyarakat bagi menyokong gerakan kerajaan dalam pembangunan negara.Anak muda kelihatan tidak selesa dengan peranan kerajaan sekarang lebih memilih anak muda yang menyokong atau hanya tahu menurut kehendak kerajaan juga jelas meempunyai agenda tersembunyi.

Pastinya kerajaan tidak jelas dengan maksud menyokong anak muda maju dalam bidang diceburi tapi dalam masa yang sama kerajaan mengongkong anak muda dibimbangi tidak memberi sokongan kepada kerajaan.

Jelas akhir akhir ini anak muda banyak berselisih pendapat dengan pandangan kerajaan. Banyak aktiviti anak muda tidak mandapat ruang yang secukupnya untuk bergerak. Kerajaan memilih untuk memberi kepada anak muda agar tidak terlalu menekan kerajaan dengan permintaan merugikan kerajaan.

Jelas sekali kerajaan tidak berniat untuk mmebantu anak muda maju dalam bidang diceburi kerana kerajaan lebih mementingkan sokongan anak muda dalam pilihanraya sahaja. Setiap program yang ditaja kerajaan diharapkan akan mendapat sokongan dari anak muda sebagai meembalas budi kerajaan memeberi sokongan kepada mereka. 

Kerajaan tidak sedar bahawa anak muda tidak merasa selesa dengan program yang dianjur kerajaan kerana kebanyakan program itu tidak menepati minat anak muda. Anak muda tidak mahu dikongnong dengan penyusunan program yang disusun kerajaan kerana anak muda telah kedepan dalam pemikiran sedangkan kerajaan masih menmpukan kepada program lama lebih menumpukan kepada mengasak anak muda menyokong kerajaan dalam pilihanraya nanti.

Anak muda tidak begitu sekarang anak muda telah melihat kedepan dan lebih kepada kebebasan bersuara untuk menyatakan keinginan dan pendapat mereka dalam masyarakat. Peluang inilah yang diperlukan. Kerajaan perlu melihat ini.

Parti pembangkang lebih terbuka dengan peranan anak muda dan lebih memahaminya.


No comments:

Post a Comment