Saturday, November 26, 2011

Menulis adalah cara meluahkan pendapat

Kebebasan menulis perlu diberikan kepada sesiapa sahaja bagi mengemukakan pendapat sendiri. Walau apa sekali pun yang hendak ditulis kebebasan penulis perlu diberi ruang. Ramai penulis yang menulis tapi tidak diberi ruang untuk mengemukakan pendapat tanpa membongkar keburukan diri.

Bila pembaca marah dengan tulisan yang dibuat penulis, keperibadian diri penulis akan dibongkar dan seterusnya mengorek kelemahan yang ada pada penulis tersebut.

Kebebasan untuk menulis tidak lagi ada bila kita terbongkar identiti sendiri kerana kebanyakan penulis tidak suka membenarkan keperibadian ditonjolkan dalam penulisan. Sebab itu kebanyakan penulis menggunakan nama pena dalam tulisan mereka.

Jika keperibadian diri dibongkar maka tidak ada lagi diri penulis yang merasakan diri mereka terpangil untuk memberitahu kepada pembaca semua pendapat dan kebijaksaaan penulis. Penulis tidak boleh menjadi diri sendiri jika mahu menulis sesuatu kerana diri sendiri mungki akan mengecilkan lagi pandangan penulis dalam menghasilkan karya atau pendapat. Penulis perlu menjadi diri orang yang hendak dibincangkan atau tempat yang hendak diceritakan.

Kalau tidak suka dengan tulisan mereka jangan dibongkar diri penulis tapi jawablah dengan hujah yang baik dan diterima pembaca. Pembaca boleh menjadi pengadil yang bijaksana kerana mereka akan membaca tulisan penulis dan memutusakan memihak atau tidak.

Adalah tidak adil membongkar keburukan seorang penulis kepada pembaca agar pembaca membenci penulis ini dan tidak membaca tulisannya. Sejahat mana sekali pun penulis ini menulis dalam kolum mereka kita tidak boleh menganggap dia jahat. Berpihak kepada pembaaca dan beritahu pembaca bahawa hujah penulis tadi adalah jahat dan dangkal. Sertakan dengan bukti nyata dan cadangkan tindakah yang terabaik untuk pembaca.

Karya adalah satu hasilan yang tidak ternilai tapi jika kita tidak suka dengan karya tersebut kita boleh tulis sendiri bagi menjawab dan membatalkan kata kata penulis tadi.

Saya tidak kata tuduhan dan mengaibkan sesaorang, saya hanya mengatakan pendapat dalam tulisan perlu diselesaikan dengan tulisan juga. Kita mempunyai ruang untuk memberi pendapat dan jawapan kepada tulisan penulis yang dikira memberi pendapat tidak kita sukai.

Bersikap ilmiah jangan bersikap pendek akal. Kalau kita tidak mampu menulis menjawab tulisan penulis itu berbincang dengan penulis sedia ada agar dapat dibantu menjawab atau memberi pendapat lain dari tulisan penulis tadi.

No comments:

Post a Comment