Thursday, December 1, 2011

Mengamuk kerana orang membuka pekung kita

Kenapa Datuk Seri Sharizat begitu marah sekali dalam ucapan beliau. Cara beliau memarahi seperti beliau bersalah dalam hal ini dan tidak dapat bendung lagi. Rakyat ramai dah tahu tentang kegagalan projek yang dikendalikan oleh suami beliau.

Rakyat memarahi beliau kerana tidak berhati hati dalam perkara ini. Sepatutnya beliau menasihati suami tidak menerima peruntukan kewangan  sebanyak itu kerana kepentingan beliau sebagai seorang menteri dan ketua pergerakan wanita Umno.

Perkara ini sepatutnya beliau fikirkan sebelum menggalakkan suami beliau meneruskan projek tersebut. Sekarang perkara ini telah terbongkar hasil dari kelalaian suami beliau sendiri. banyak perkara yang akan diperkatakan oleh rakyat kerana wang yang diterima itu adalah wang pembayar cukai.

Tidak sepatutnya seorang menteri bersifat begini dalam pengurusan negara. Sebagai seorang menteri tidak patut beliau melibatkan keluargadalam menerima peruntukan kerajaan. Sikap begini  akan menyebabkan beliau sebagai menteri akan tercemar. Bila keluarga mendapat peruntukan dari kerajaan dengan nilai yang banyak maka akan timbul pandangan negetif dari rakyat bahwa peruntukan itu adalah kerana beliau memegang jawaan sebagai menteri.

Beliau tidak sepatutnya marah kepada pembangkang kerana sudah menjadi tugas pembangkang akan mencari kelemahan kerajaan dalam soal menjaga harta negara. Jika ini berlaku beliau sepatutnya menjawab tohmahan yanag dilemparkan. Kalau tohmahan itu betul maka sebaiknya beliau menjadi seorang yang berhemah dengan mengundur diri dari tugas dan jawatan yang dipegang sekarang.

Rakyat akan memaafkan beliau dengan perletakan jawatan dan mohon maaf kepada rakyat atas kesilapan yang dilakukan. Semakin beliau melawan semakin banyak kelemahan akan dibongkar oolehh pembangkang. Pembangkan akan gembira menggunakan kesilapan ini untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan amat lemah dalam menjaga harta negara. Berbagai tohmahan akan dilemparkan kepada beliau dan kepada kerajaan termasuk parti.

Cara beliau menangani masalah yang timbul ini akan lebih memburukkan lagi keadaan dan memperlihatkan kedangkalan beliau dalam urusan negara. Adalah lebih baik beliau menarik diri sebelum kerajaan dan Umno lebih teruk dikerjakan oleh pembangkang.

Pekung telah dibuka mengaku silap adalah jalan yang terbaik jangan diamuk orang itu. Jika kita merasakan kita benar maka jawablah dengan berhemah dan jujur. Perbetulkan kesilapan pembangkang. Kembalikan kepercayaan rakyat.

No comments:

Post a Comment