Thursday, December 29, 2011

Strategi Tersirat

Saya melihat banyak kepincangan yang Umno lakukan sejak akhir akhir ini. Kepincangan ini seolah tidak diendahkan walau kelihatan mendapat tentangan dari pembangkang dan rakyat. Banyak kepincangan Umno lakukan seolah Umno tidak lagi nampak apa yang patut dibuat untuk mentadbir negara.

Saya melihat seolah Umno sengaja melakukan dalam keadaan sedar. Saya melihat kepincangan Umno ini adalah satu starategi untuk menarik semula sokongan rakyat dilihat sedang menentang kerajaan. Cara yang dilakukan adalah untuk memberi masa kepada rakyat memarahi kerajaan. 

Kerajaan BN sengaja menaikkan kemarahan rakyat agar rakyat dan pembangkang leka dengan keyakinan bahawa kerajaan BN akan tumbang dengan kepincangan yang dilakukan.

Pembangkang akan terus mengulas dan meemberi keyakinan bahawa kerajaan BN akan tumbang dalam pilihan raya nanti sedangkan Kerajaan BN terus melakukan penganiayaan kepada rakyat. 

Kita lihat bagaimana kerajaan BN tidak sayang kepada sokongan dari masyarakat Felda selama ini menjadi sokongan kuat kepada Kerajaan BN. Bagaimana kerajaan melihat pengerusi Felda yang dilantik seolah sengaja melakukan kekejaman kepada rakyat Felda. Felda dilihat sebagai bergolak menunggu pecah. Pecah membawa kepada bertukar sokongan kepada pembangkang.

Apakah semua ini tidak disedari oleh kerajaan bahawa rakyat sekarang tidak lagi melihat kerajaan BN sebagai satu kerajaan dominan memerentah negara. Kenapa kerajaan seolah tidak lagi dapat menumpukan perhatian kepada memberi kenyakinan kepada rakyat bahawa BN masih reliven untuk disokong.

Adakah ini satu helah dari kerajaan BN menunggu masa sesuai mengeluarkan senjata memujuk rakyat ketika musim pilihanraya nanti. Kita semua tahu bahawa rakyat Malaysia terutama Melayu amat mudah dipujuk. Umat melayu mempunyai cukup lemah dengan pujukan tambahan juka kerajan mengaku salah dan berjanji untuk mengubah kesilapan.

Jika kerajaan BN mengeluarkan sejumlah peruntukan kewangan kepada semua rakyat dan rakyat meresa gembira dengan pemberian lumayan ( mungkin ) dari kerajaan, semua kemarahan selama ini akan menjadi reda. Pastinya sokonga rakyat yang telah berjaya dipujuk itu akan kembali kepangkuan kerajaan BN.

Tidak mustahil perkara ini akan terjadi kerana rakyat Malaysia masih ramai yang sayang kepada Umno tapi kerana ramai pemimpin Umno banyak melakukan penaniayaan kepada rakyat menyebabkan rakyat yang menyokong Umno berjauh hati.

Pembangkang harulah berhati hati denga keadaan ini. Penilaian ini bukan mustahil ia boleh berlaku dan jika ia berlaku pembangkang akan terlopong ditinggalkan rakyat disaat akhir disangka menyokong pembangkang.

Dalam politik semua boleh berlaku kalau tidak berhati hati padah jadinya.

No comments:

Post a Comment