Melihat kepada perkembangan sekarang banyak perkara tidak terduga akan berlaku. Satu fenomena kepada rakyat Malaysia akan dapat kita lihat jika situasi sekarang berterusan dan semakin ketara.
Fenomena pertama adalah keputusan perbicaraa Anuar yang akan diketahui nanti kelihatan tidak menyebelahi beliau. Jika benar perkara ini terjadi ( Anuar didapati bersalah ) maka kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dan penyokong Anuar akan bangkit membantah.
Mungkin bantahan ini tidak dapat dikukan dijalanan kerana kerajaan telah bersedia dengan kemungkinan berlakunya demostrasi jalanan. Kerajaan telah meluluskan RUU ( Akta Perhimpunan Aman 2011 ) perketatkan lagi perhimpunan jalanan. Situasi ini dpat dilihat keranan akan banyak berlaku ketidakpuasan rakyat dengan keputusan kerajaan kebelakangan ini.
Keputusan yang bakal ditentukan kepada Anuar telah dapat dijangka oleh pihak kerajaan akan meemberi satu impak kepada kebangkitan rakyat. Kebangkitan ini akan disekat dengan undang undang baru ini dengan hukuman yang lebih berat jika sabit kesalahan.
Dengan kata lain kerajaan telah bersiap sedia berdepan dengan rakyat dengan keputusan perbicaraan Anuar.
Fenomena kedua adalah perjalanan PRU13 nanti akan juga memberi satu tamparan kesabaran rakyat. Banyak penyelewengan akan berlaku demi mempertahankan kemenangan politik BN. Namun rakyat ditahan dari menunjuk perasaan dengan undang undang yang dicipta ini.
Banyak kepincangan akan timbul dan dapat dibongkar dengan kesungguhan dan kemahiran dari PR. Pembongkaran inilah akan memberi kesan kesabaran rakyat dari bersabar dengan kerenah kerajaan melakukan tektikal bagi memenangkan BN.
Rakyat yang tidak mampu sabar akan bangkit menentang penyelewengan ini dengan menentang kerajaan dan badan yang terlibat. Dalam masa yang sama peruntukan perundangan akan digunakan oleh pihak bertanggungjawab bagi menjamin keamanan ( kononnya ) menyekat penentangan ini dengan undang undang yang telah digubal.
Rakyat akan disekat dan dihalang dari meluahkan perasaan tidak puas hati penyelewengan seperti dibongkarkan. Kerajaan akan terlepas dan tidak dilihat sebagai melakuakan kerosakan demokrasi dalam pilihanraya.
RUU yang telah digubal itu adalah untuk kegunaan masa sebegini bagi menahan kebangkitan rakyat dijalanan. Tidak banyak kesannya jika penentangan rakyat tidak diluahkan dijalanan. Hanya cara ini sahaja dapat memberi gambaran bahawa apa yang ditantang adalah suatu yang besar dan parah.
Kerajaan tidak mahu dilihat sebagai jahat kepada rakyat. RUU ini adalah cara menyekat kebangkitan rakyat.
Jika banar kebangkitan ini berlaku tidak ada kuasa lagi mampu dilakukan untuk menentang kemaraan rakyat tidak berpuashati dengan kerajaan. Undang undang yang digubal tidak akan mamapu menahan kemaraan rakyat. Lihatlah apa yang berlaku kepada Mesir.
No comments:
Post a Comment