Sekarang banyak kita dengar suara rakyat bergema di setiap penjuru. Semakin banyak perkara yang membuatkan rakyat bersuara tiak bersetuju dengan peranan kerajaan.
Sekarang semakin banyak kelemahan kerajaan timbul dalam pentadbiran. Dulu jarang kita dengar suara rakyat kalau ada pun ketika harga barang naik dan tuntutan kenaikan gaji.
Sekarang banyak perkara dan isu menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat. Semakin ramai rakyat bersuara sehingga hampir setiap hari kita dengar rungutan rakyat tidak puas hati dengan pemerentahan kerejaan sekarang.
Terbaru timbul kerajaan Malaysiamembuat pinjaman dengan bank dunia walau sepatutnya Malaysiamasih mampu menguruskan perbelanjaan dengan kemampuan yang ada. Pinjaman yang dibuat untuk tujuan tidak perlu kepada penambahan kewangan. Bila pinjaman diperlukan juga, ini memberi tanggapan bahawa ada perkara tidak kena dengan perbelanjaan dalam negara.
Kenapa kerajaan perlu tambahan kewangan jika negara memepunyai cukup wang untuk berbelanja. Untuk apa wang yang dipinjam. Kemana pergi wang yang cukup itu disalurkan. Adakah ini berlaku satu penyelewengan dalam mentadbir dana negara.
Kalau kita lihat berapa banyak interes yang dibayar kepada pemberi pinjam. Itu adalah duit rakyat digunakan untuk membayar interes sepatutnya tidak berlaku. Saya nampak ini satu penyelewengan disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Walau pinjaman itu dapat dilunaskan tapi duit rakyat telah disalah gunakan. Sekarang rakyat bersuara lagi setelah sekian lama perkara ini berlaku.
No comments:
Post a Comment