Thursday, December 1, 2011

Wang rakyat untuk bermewah dan membazir

Untuk bercakap secara terus terang mungkin akan memakan diri maka sekarang kebanyakan ahli politik banyak bermain dengan kata kata. Kenyataan yang diberi kebanyakannya mempunyai ekor jika tidak teliti akan terperangkap dengan kata kata itu.

Namun sekarang bermain dengan kata kata bukan lagi setakad ahli politik malah polis juga sudah pandai bermain dengan kata kata. Kenyataan Tim Ketua Polis Negara menyatakan bahawa tidak terdapat unsur pecah amanah dalam pembelian kondo oleh NFC. Namun dipenghujung ayat TKP menyatakan masih dalam siasatan.

Ini memberi gambaran bahawa kenyataan dikeluarkan tidak ada unsur pecah amanah walau siasatan masih berjalan. Kalau rakyat tidak biasa dengan kenyataan ayat berlapis akan hanya mengambil kira kenyataan awal tanpa menyedari kenyataan diakhir ayat itu masih tergantung.

Pandangan rakyat akan keliru mana satu yang betul polis telah menyiasat dengan jelas dan yakin bahawa tidak ada unsur pecah amanah atau siasatan masih berjalan. Soalannya kenapa dinyatakan siasatan masih berjalan sedangkan kenyataan tidak ada unsur pecah amanah telah dikeluarkan.

Kenyataan sebegini dikatakan polis sekarang sudah pandai bermain dengan kata kata. Polis nampak seperti berkata tidak namun ianya masih belum putus. Dalam satu ayat memberi dua makna.

Kalau betul polis ingin membantu melindungi kesalahan yang dilakukan oleh NFC, kelihatan bahawa polis telah diberi arahan untuk menutup cerita ini dengan kenyataan samar.

Saya yakin rakyat akan kesal penglibatan agensi kerajaan dalam menutup kesalahan dilakukan demi menjaga sevival politik orang terlibat. Rakyat kesal kerana kewangan negara diperlakukan sebegitu rupa seolah tidak ada apa kesalahan dengan tindakan mereka ini.

Tidak terasa bahawa wang yang digunakan itu adalah wang rakyat. Amanah menjaga wang rakyat diberikan kepada kerajaan tidak diambil berat dan sanggup dihabiskan dengan menjamin kemewahan individu.

Menangis rakyat dengan tindakan ini. penat jerih rakyat keluarkan duit dalam poket dan tangan terketar ketar membayar cukai walau anak dirumah masih perlukan duit tu.

Terasa tidak berharga cukai yang diberikan kepada kerajaan diperlakukan sebegitu. Dihabiskan tanpa faedah bersama. Kemewahan peribadi didahulukan. Rakyat dibiarkan terkapai kapai mencari kemewahan dengan tubuh dibasahi peluh. Dengan mudah orang lain mengambil wang cukai rakyat untuk bermewah dan membazir.

No comments:

Post a Comment