Sekian lama rakyat Malaysia mendapat layanan dari pemerentah BN sepertimana yang ada sekarang. Rakyat Malaysia tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak mendapat layanan sepatutnya dari kerajaan. Rakyat Malaysia tidak sedar bahawa mereka sepatutnya mendapat kemajuan dalam kehidupan di negara ini.
Setiap masa rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan layanan dibentuk agar tidak bermewah dengan kemewahan yang sepatutnya. Rakyat Malaysia tidak diberi pengetahuan bagaimana kemewahan sepatutnya mereka dapat. Selama hidup dinegara Malaysia inilah taraf hidup yang dicadangkan kerajaan kepada rakyat.
Jika ada Rakyat Malaysia yang cuba berjuang untuk mendapat kemewahan hidup dinegara ini akan ditentang dengan berbagai tohmahan dan tuduhan sebagai seorang yang derhaka kepada kerajaan. Rakyat ini akan dijadikan sasaran dan dilenyapkan dalam senarai kerakyatan.
Jika kita ingat kembali apa yang sepatutnya kita dapat dari pemerentahan kerajaan sekarang. Kemana kemajuan sepatutnya kita dapat dan pendapatan perkapita sepatutnya kita kecapi sejak berdekad yang lalu.
Kita rakyat Malaysia sepatutnya lebih maju dari sekarang. Kita sepatutnya telah berada tidak berapa jauh dari negara maju sekarang. Malangnya kerana kerajaan sekarang tidak memberi peluang untuk kita rasai kemewahan yang sepatutnya rakyat Malaysia rasai.
Kerajaan seperti bimbang jika rakyat Malaysia menjadi lebih pandai dan tahu hak sebenar mereka. Seperti apa yang terjadi sekarang semakin ramai rakyat Malaysia yang telah membuka mata dan sedar hak mereka. Perjuangan untuk mendapatkan hak ini lah menjadi kerisauan kerajaan BN sekarang.
Oleh kerana kerajaan BN sekarang tidak ramai yang berkaliber menjadi pemerentah termasuk sekali dengan jawatan PM, cukup lemah untuk menjadi pembela rakyat. Dengan cara menutup mata rakyat dari melihat kemewahan sepatutnya mereka rasai, dapat menghalang sang pembela inidari terus meracuni rakyat menuntut hak mereka.
Apa terjadi sekarang adalah kerana kelemahan pemerentah sekarang tidak maampu lagi menutup mata rakyat yang semakin terbuka. Nasib mereka semakin malang kerana kesedarang rakyat semakin kritikal. Kerajaan tidak lagi mampu menutup mata rakyat dengan sejarah, ugutan, undang undang malah suapan semakin tidak menjadi.
Keterbukaan mata rakyat telah menampakkan wajah sebenar kerajaan selama ini telah menipu dan memperbodohkan rakyat agar tidak tahu apa yang telah kerajaan lakukan terhadap kekayaan negara Malaysia.
Kerajaan semakin takut dan menggelabah. Tindakan dilakukan tidak lagi sebagai pemerentah malah seorang yang berdendam kerana tembelang telah terbongkar. Kerajaan sekarang semakin bermasalah dengan kerenah pemimpinnya sendiri. Seorang demi seorang pemimpin dibongkar melakukan penganiayaan kepada rakyat dengan mencuri kekayaan negara sepatutnya milik rakyat.
No comments:
Post a Comment