Wednesday, December 21, 2011

Rakyat Miskin Terus Berharap Pembelaan Kerajaan

Gambar Hiasan

Terfikir saya mengenai usaha kerajaan berusaha untuk membasmi kemiskinan rakyat Malaysia. Usaha murni ini sudah tentu mendapat sokongan dari rakyat miskin dan harapan juga agar kemiskinan dapat diminimakan seminima yang mungkin.

Orang miskin sangat berharap program basmi kemiskinan berjaya agar belenggu kemiskinan dapat diatasi dan diganti dengan kehidupan yang lebih sempurna. Penerangan dari kerajaan dalam usaha ini banyak memberi kesedaran kepada rakyat.

Dalam masa yang sama juga saya semakin banyak mendengar kebocoran duit keluar dari negara menghampiri billion ringgit. Kenapa kebocoran ini berlaku. usaha kerajaan memebasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama kebocoran melebihi peruntukan membasmi kemiskinan.

Sekali lagi rakyat rasanya ditipu dengan usaha membasmi kemiskinan ini. Walau usaha membasmi kemiskinan berjalan namun ada usaha lain yang merugikan negara dan rakyat jelata. Seolah rakyat digulakan dengan usaha murni kerajaan membasmi kemiskinan bagi memebolehkan pemerentah melepaskan pengusaha membawa lari duit negara keluar dari Malaysia.

Diperhatikan setiap sudut rakyat Malaysia ditipu salah guna mentadbir kewangan. Walau banyak peruntukan diberikan kepada kesejahteraan rakyat namun mencuri duit rakyat lebih besar memberi kepda rakyat. Malang sungguh nasib rakyat ditipu pemerentah.

Sepatutnya rakyat telah lama dapat merasai kehidupan yang sejahtera dan kemiskinan telah dapat dihapuskan. Oleh kerena kerajaan banyak menggunakan helah untuk mengaut keuntungan hasil dari memerentah negara sekian lama. rakyat terbantut dalam usaha keluar dari paras kemiskinan.

Usaha keluar dari paras kemiskinan menjadi lambat kerana pemerentah telah menyalah guna pentadbiran kewangan sehingga rakyat menunggu sekian lama untuk keluar dari konteks kemiskinan. Kerajaan sengaja melambatkan menjayakan membawa rakyat keluar dari kemiskinan supaya rakyat masih bergantung kepada kerajaan sekarang dalam usaha membawa rakyat keluar dari kemiskinan.

Telah berapa lama rakyat Malaysia ditipu dengan helah yang berbagai. Lebih malang rakyat yang gembira dengan usaha kerajaan sekarang tidak meresai dan malah tidak menyangka ditipu kerajaan. Walau bantuan diberi tapi dibelakang tangan yang memberi masih banyak ringgit tersimpan untuk kegunaan peribadi pentadbir kerajaan.

Sekarang rakyat masih menunggu dan berharap usaha kerajaan akan menemui kejayaan. Harapan rakyat yang masih percaya kerajaan dalam usaha menjamin kemakmuran rakyat walau dibelakang usaha ini terus mempermainkan rakyat.
Sebanyak inikah wang rakyat dibawa keluar dari negar.


Usaha menyedarkan rakyat masih lagi sukar kerana ramai rakyat yang miskin dan jauh dari pengetahuan dalam arus moden sekarang masih tebal kepercayaannya kepada kerajaan sekarang. Mereka ini hanya tahu dan yakin kerajaan sekarang akan terus berusaha menjamin kesejahteraan mereka.

Malang sungguh nasib rakyat tidak tahu apa sebenar berlaku kepada negara mereka yang tercinta. Terus berharap sampai ketua.

No comments:

Post a Comment