Tuesday, December 20, 2011

Melepas Geram Kepada Anak Muda


Insiden menyerang seorang pelajar kerana menurunkan bendera Najib amat memalukan dan tidak menggambarkan satu tindakan bijak. Pelajar semuda itu diambil kira sebagai tindakan memalukan PM adalah terlalu kecil untuk dibuat perkiraan.

Terlalu banyak tindakan individu lain yang lebih memalukan PM jika diambil kira sebagai penghinaan kepada PM. Terlalu banyak tindakan dari pihak tertentu dikira sebagai tindakan memberi malu kepada PM. kalau budak semuda itu dianggap sebagi biadab maka ada ramai lagi pendokong Pm yang bertindak memalukan PM.

Krisis NFC jika diteliti amat memeberi malu kepada PM. kenapa tidak dicari orang yang bertanggung jawab terhadap tindakan mereka memberi malu kepada PM. Kenapa dicari budak semuda itu dikira sebagai hingusan dalam peranan politik negara.

Adakah kerana budak itu masih muda dan bertubuh kecil golongan ini mengambil kesempatan melepas geram. Amat tidak adil sekali tindakan ini. Kamu sebagai seorang dewasa banyak pengalaman sepatutnya lebih faham dengan tindakan anak muda ini kerana anak muda ini masih tidak faham dengan tindakan mereka.

Mereka berdemo hanya menyatakan ketidakpuasan hati dalam pengajian mereka. Kesilapan dilakukan anak muda ini sepatutnya ditegur secara berhemat dan diberi amaran jangan lakukan dilain kali. Beri keterangan kepada meraka ini bahawa bendera adalah satu lambang maruah sesaorang, organisasi atau negara.


Tindakan begini dilihat lebih bijak dan dilihat sebagai mengajar anak muda yang terlanjur kelakuan. Kalau nak lepas kemarahan marahlah kepada mereka yang lebih teruk perangai dan lebih dasyat tindakan mereka memalukan PM. Tidakkah golongan ini sedar bahawa ramai pendokong PM melakukan tindakan tidak wajar sehingga ramai pendokong pembangkan mengambil kesempartan memburukkan reputasi PM.

Mereka inilah sepatutnya golongan ini cari dan bagi saja penampar kerana bertindak mengaibkan PM. Kalau betul nak menjaga PM jagalah dari mereka yang tidak tahu menjaga nama baik PM. Berapa banyak lagi PM hendak lakukan untuk mengukir nama baik beliau. Setiap saat ada saja pendokong ( kononnya ) menjatuhkan maruah PM.

Siapa sebenarnya mengkucar kacir perpaduan dan keutuhan dalam parti. Buka  PM seorang patut disalahkan jika reputasi parti terjejas. Tindakan seperti berlaku dalam krisis NFC inilah faktor menjatuhkan keutuhan parti. Kalau setakat anak muda menurunkan bendera tidak ketara sangat tindakannya itu.

Bagi saya memarahi anak muda ini adalah seorang  tidak tinggi moralnya. Sepastinya dia didorong orang tertentu bagi melihat bahawa anak muda yang berdemoini akan mendatangkan masalah jika dibenarkan terus berdemo.

Faktor sebenar adalah kesan anak muda ini berjaya mengantar memorandum dan berjaya berarak tanpa ada halangan dari pihak berkuasa seperti kejadian perarakan lepas.

No comments:

Post a Comment