Ramai rakyat pertikaikan kemana pergi peruntukan parlimen dari kerajaan pusat dimana peruntukan itu dikhaskan kepada rakyat dalam kawasan parlimen. Bagi kawasan parlimen yang diperentah oleh pembangkang peruntukan itu diserahkan kepada ketua bahagian kawasan parlimen tersebut.
Kekeluruan ini berlaku kerana kerajaan pusat tidak mahu menyerahkan peruntukan parlimen kepada wakil parlimen dari parti pembangkang atas alasan perbelanjaan tidak telus akan berlaku kepaa rakyat kawana parlimen tersebut.
Kerajaan pusat tidak mahu peruntukan itu diedarkan kepada rakyat yang hanya menyokong parti pembangkang sedangkan rakyat yang menyokong parti kerajaan tidak mendapat manfaat dari peruntukan tersebut.
Peruntukan tersebut diberikan kepada ketua bahagia sebagai wakil kerajaan menguruskan perbelanjaan untuk aktiviti seperti sepatutnya. Ketua bahagia kawasan parlimen ini bertindak sebagai wakil rakyat yang dilantik oleh kerajaan pusat. tugas ketua bahagian ini aalah bertindak sebagai wakil rakyat yang menjaga kebajikan rakyat di kawasan mereka.
Namun apa yang berlaku adalah seperti yang dibimbangi oleh kerajaan pusat perbelanjaan peruntukan tersebut akan disalah guna oleh wakil parlimen untuk membantu rakyat yang menyokong kerajaan pembangkang. Apa yang dapat diperhatikan salah guna peruntukan ini berlaku kepada ketua bahagian yang mengurus peruntukan parlimen dengan membuat program untuk kebaikan rakyat yang menyokong kerajaan pusat.
Perkara ini jelas kerana bukan sahaja rakyat yang dikenal pasti sebagai penyokong pembangkang sukar mendapat bantuan dari ketua bahagian ini. Banyak alasan dan syarat diberi untuk mendapat sokongan kepada parti kerajaan.
Bagi rakyat yang tebal menyokong pembangkang dari awal lagi tidak mahu meminta tolong dari ketua bahagian ini kerana telah maklum dengan kerenah syarat dikenakan beralih menyokong kerajaan pusat.
Walaupun kerajaan pusat memberi alasan tidak mahu rakyat dilayan secara tidak adil namun perkara ini terjadi juga dengan apa yang dilakukan oleh ketua bahagian menyukarkan rakyat yang tidak menyokong kerajaan pusat.
Kebanyakan rakyat tidak tahu bahawa ketua bahagian mempunyai peruntukan parlimen dikhaskan untuk membantu rakyat namun peruntukan itu tidak sampai kepada sasaran sepatutnya. Rakyat pun tidak pasti keman peruntukan disalurkan. Apa yang pastinya kebanyakan rakyat tidak mendapat bantuan ketika diperlukan. Ada juga rakyat tidak mahu lansung meminta kerana tahu denga kerenah ketua bahagian ini.
Rakyat tahu peruntukan kepada wakil parlimen yang dilantik rakyat tidak mendapat peruntukan tersebut. Kemana lagi peruntukan itu disalurkan kalau tidak kepada ketua bahagian. Rkayat menderita denga kerenah begini. Banyak kepincangannya dari kebaikan. Hak peruntukan itu adalah untuk wakil rakyat parlimen yang dilantik oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment