Ramai tidak berpuas hati dengan cara pengurusan wang bantuan awal persekolahan. Ibubapa yang pergi mengambil wang itu merasai seolah kerajaan mengambil peluang untuk bertindak sebagai wang bantuan itu adalah dari parti politik.
Sebagai parti memerentah negara tidak seharusnya wang itu dianggap sebagai umpan untuk membuat syarahan politik dan memburukkan pembangkang dengan pelbagai tuduhan sebagai tidak mempunyai kemampuan mentadbir negeri.
Kejadian ini berlaku kepada negeri diperentah pembangkang. Rakyat datang menerima wang bantuan itu tidak dihormati sebagai pengundi bebas memilih parti mereka. Rakyat yang datang juga diberi gambaran yang salah bagaimana kerajaan negeri memerentah negeri tidak jujur dengan apa yang dilakukan kerana peruntukan yang diberi adalah datang dari kerajaan pusat tetapi di war war kan sebagai usaha dari kerajaan negeri.
Penyampaian sebegini adalah salah dari segi maklumat sebenar. Sepatutnya kerajaan pusat lebih jujur dalam bantuan diberikan kerana wang diberikan itu adalah dari duit pelbagai parti yang sama sama menyumbang kepada negara untuk kemajuan seperti mana diharapkan.
Malang sekali dari apa yang dilakukan kerajaan pusat tidak menggambarkan keikhlasan dalam membantu rakyat kerana pemberian yang diberi itu dibangkitkan sebagai tidak mendapat rasa terima kasih dari rakyat terutama dari negeri diperentah pembangkang.
Sikap kerajaan pusat ini dilihat sebagai tidak jujur dalam membantu rakyat. Adalah menjadi tanggung jawab mereka membantu rakyat tanpa meminta rakyat berterima kasih. Rakyat tahu mana yang patut diberi ucapan terima kasih kerana rakyat tidak bodoh untuk gagal menilai kemurnian hati pemerentah membantu rakyat dalam kesempitan ekonomi.
Bagaimana sebuah kerajaan terlalu daif dan dahagakan rasa terima kasih rakyat sehingga menganggap rakyat tidak pandai berterima kasih bantuan yang diberi kerajaan pusat. Tergamak kerajaan pusat menilai rakyat Malaysia mempunyai hati seteruk itu.
Jangan terlalu pelahap dengan rasa simpati dari rakyat kerana rakyat tahu apa yang mereka lakukan. Dalam hati kecil mereka cukup arif bagaimana mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Jangan terlalu gelojoh menganggap pemberian bantuan itu perlu dibalas dengan undian dari rakyat.
Sedarlah bahawa rakyat faham dengan apa yang mereka lakukan dan rakyat tidak kesaorangan dalam keputusan dibuat.
No comments:
Post a Comment