Monday, April 30, 2012

Tolong tengok dan tolong jawab



Tengok video ni dan jawab soalan aku. Aku tak tahu kenapa jadi macam ni. 
  1.  Kenapa orang awam membaling kepada kereta polis ( aku tak pasti disini mungkin provokasi polis dan orang awam mengikut )
  2. Apa polis tu dah buat sampai orang awam marah sangat
  3. Kenapa sikap orang awam kelihatan kejam disini
  4. Aku tak nampak polis yang memulakan perlanggaran ini. Mungkin aku silap
  5. Aku tak nampak dalam video ini ada orang dibawah kereta polis tu. Aku hanya nampak seorang atau mungkin dua rebah ditepi kereta polis tu. Kelihatan seperti parah


Tolong jawab soalan tu aku keliru. Mesti ada sebab kejadian ni. Apa puncanya

Aku rasa tak sedap hati dengan video ni


Cerita tidak sama dengan kisah sebenar

Saya tidak dapat cari video bagaimana polis yang memandu kereta ini hilang kawalan. Kata polis ini dia dibaling dengan benda keras terkena kepalanya menyebabkan dia separuh sedar.

Diberitakan tiga orang cedera parah dan dihantar ke hospital. Tidak ada kematian dalam kemalangan ini.


Juga tidak dipastikan polis yang memandu kereta diselamatkan oleh SB atau orang awam

Kekecohan ini berpunca orang awam marah kerana kereta polis ini telah melanggar dan mencederakan tiga orang awam.

Saya pasti banyak gambar disiarkan tidak diterjemahkan dengan betul dan gambar disiarkan tidak menggambarkan peristiwa sebenar. Kebanyakan menceritakan dari pandangan sendiri berdasarkan gambar sahaja.

Menangani Kerajaan

Kerajaan tak dapat terima kebangkitan rakyat membawa mesej bahawa pilihanraya di Malaysia tidak bersih. Cara rakyat membawa mesej dengan berhimpun secara besar besaran memberi kejutan dan penik pihak kerajaan.

Mungkin kerajaan tidak dapat bayangkan dengan cara mesej disampaikan menunjukkan rakyat semakin meninggalkan kerajaan. Penik dengan tindakan rakyat ini kerajaan melakukan perkara yang merugikan dan memberi gambaran buruk kepada masyarakat dunia.

Malang sekali rakyat Malaysia kerana mendapat layanan dari kerajaan sendiri seolah apa dilakukan rakyat ini menyalahi dan suatu tindakan jenayah. Lebih malang lagi kerajaan dilihat cuba menimbulkan suasana tidak tenteram. Rusuhan yang berlaku dikatakan sengaja dilakukan agar dilihat padah dari perhimpunan dilakukan rakyat membawa mala petaka.

Mengapa kerajaan tidak berfikiran terbuka melayani rakyat secara adil. Rakyat ingin menyatakan resah mereka kerana selama ini perjalanan pilihanraya tidak menunjukkan keadilan. Banyak bukti dilihat penyelewengan berlaku dalam pilihan raya.

Kalau begini tindakan kerajaan semakin ramai rakyat tidak lagi menyokong kerajaan. Kerajaan akan dilihat sebagai zalim dan kejam. Kejam kepada rakyat kerana membantah dan menentang kerajaan.

Kerajaan dilihat tidak dapat menerima perubahan rakyat serta selera rakyat sekarang sudah berubah. Lebih mendukacitakan kerajaan tidak mampu melayani selera rakyat menginginkan perubahan dalam pemeentahan negara.

Tidak hairanlah rakyat menentang jika kerajaan tidak menerima kehendak rakyat. Padah kepada kerajaan akan berterusan.