Tuesday, May 29, 2012

Siapa sebenarnya yang cuba buat huru hara

Ini satu hal lagi nak ugut rakyat kalau PR kalah akan berlaku huru hara.


Bagi aku hanya rakyat yang telah lengkap dibodohkan sahaja akan percaya dengan tohmahan ini.


Sejak sekian lama pembangkang kalah dalam pilihanraya tidak pernah sekali pun berlaku huru hara dalam negara tiba tiba nak ugut rakyat akan berlaku huru hara.


Sekian lama rakyat cuba dibodohkan bukan semua yang berjayas lengkap diperbodohkan. Masih ramai yang sedar diri bahawa selama ini rakyat cuba dibodohkan agar apa saja Umno buat tidak akan dipertikai.


Rakyat tengok lah nanti siapa yang akan buat huru hara dalam negara selepas pilihan raya nanti. Pastinya Umno yang akan kalah dan tidak puas hati dengan keputusan rakyat cuba menimbulkan huru hara bagi menunjukan bahawa berlaku penipuan dalam pilihan raya nanti.


Tengok lah nanti kalau tak percaya

Ulama bertengkar orang ramai hanya ternganga menunggu jawapan

Aku amat tak faham dengan ulama sekarang. Kenapa tidak duduk semeja atau berdepan dengan rakyat dalam menentukan fatwa mereka adalah tidak menyalahi syarak.

Aku yang buta agama ini hanya ternganga menanti mana satu ulama yang patut aku pakai kata kata mereka.

Aku difaham ulama adalah pewaris nabi tapi kalau macam ni lah keadaannya bengong aku jadinya.

Tolong lah selesaikan walau ulama sekelian. Jangan tinggalkan kepada kami yang bodoh ini memikirkan sendiri mana yang betul.

Kamu cakap dalam akhbar kemudia tinggalkan tanpa keputusan yang betul. Kamu ingat kamu tu siapa nak tinggalkan persoalan begitu kepada kami ini. Aku cukup benci orang yang timbulkan isu tak nak selesaikan hingga orang faham persoalannya.

Ini soal agama kalau aku lakukan pilihan salah siapa nak tanggung dosa aku tu. Aku sebut bodoh nanti terasa hati. rasa rasa memang pun menyusahkan orang.

Friday, May 11, 2012

Harapan Rakyat


Agensi kerajaan mempunyai peluang terakhir untuk mengikut arahan dari pemerentah kerana selepas ini mereka tidak lagi akan lagi diperentah oleh Barisan Nasional.
Agensi kerajaan ini walau perit tapi mereka akan merasakan kebebasan sebenar terlepas dari pengarahan melampau. Mereka ini akan merasai satu sistem pemerentahan yang baru dan lebih berhemah.
Walau sehebat mana perjuangan mempertahankan kerajaan yang ada namun telah diketahui semua rakyat bahawa kerajaan sekarang tidak lagi mamapu memberi kebajikan kepada rakyat. Rakyat  zaman sekarang tidak lagi seperti dahuu walau masih ada rakyat masih menyayangi kerajaan sekarang namun itu masih tidak mencukupi untuk mempertahankan pemerentahan yang ada.
Rata rata rakyat sekarang sudah terdedah dengan intipati perjuangan parti pemerentah selama ini tidak memberi kebajikan kepada rakyat yang telah tahu hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah sedar bahawa mereka tidak lagi menerima hak mereka seperti sepatutnya. Mereka ditindas secara diam oelh kerajaan dengan mengambil kekayaan negara atas tiket kebajikan kepada rakyat.
Selama ini rakyat telah dikaburi mata dengan tugas kerajaan dalam masa yang sama kerajaan mengaut keuntungan berlebihan. Rakyat selama ini percayakan kerajaan yang memerentah menyambut dengan baik setiap kebajikan yang dibuat. Namun hakikat sebenarnya kerajaan menelan harta rakyat tanpa merasa belas kasihan.
Rakyat selama ini masih ramai yang melarat untuk merasai kekayaan negara secara tersirat dinafikan. Ayuh tunjukkan kepada rakyat apa kekayaan negara telah kamu berikan kepada rakyat selama kemu memerentah negara. Jika dibandingkan dengan kehilangan kekayaan negara ditangan pemerentah lalu dan sekarang.
Telah banyak bukti ditampilkan sehingga rakyat tidak lagi sanggup mendengardan amat marah dengan perbuatan pemerentah sekarang. Zalim dan kejam terhadap kekayaan negara tanpa rasa kesal dan kesihan kepada rakyat masih miskin mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang diharapkan.