Friday, October 22, 2010

Saturday, October 2, 2010

Masyhurkan Al Quran

Saya mengajak pembaca kembali memasyurkan al quran dengan membaca setiap hari. Mulakan dengan membaca sehelai sehari. Pastikan kita meluangkan masa untuk menghabiskan sehelai sehari bacaan. Paksa diri membaca al quran walau kita masih merangkak.

Saya yakin kita akan mengalami perubahan setelah kita membaca setiap hari. Bacaan kita akan menjadi lebih lancar dan akan bertambah baik setiap hari. Kita akan merasa perubahan bacaan dalam diri kita bila kita mampu melakukan sebagai amalan harian kita.

Saya yakin kita akan menjadi semakin gemar dan rasa seolah ketagih untuk membaca walau dimana kita berada. Sehingga kita mampu menghabiskan satu juzuk sekali kita membaca. Sebulan kita mampu menghabiskan satu al quran dan kita khatam setiap bulan.

Dari amalan kita lakukan ini kita akan mengalami perubahan diri mendekati keimanan yang lebih kukuh dan kukuatan diri untuk melawan mungkar. Kita akan sentiasa mengingati untuk membaca al quran dan akan mengambil kesempatan untuk membaca bila ada peluang dan ruang masa.

Teruskan usaha kita memantapkan diri menguatkan iman dalam dada. Alamilah perubahan kehidupan kita dengan diiringi bacaan al quran walau dimana kita berada. Beginilah kita memasyurkan al quran untuk kejayaan diri kita didunia ini.

Janganlah kita hiraukan mereka masih belum mahu mengubah diri kerana peluang yang datang kepada kita ini adalah pemberian dari Allah. Kita berdepan dengan Allah secara peribadi. Setiap apa yang kita lakukan adalah urusan kita dengan Allah.

Lakukanlah ibadat kita secara peribadi dengan Allah tuhan yang menciptakan kita dan memberi perhatian kepada kita juga secara peribadi. Allah menguruskan kehidupan kita secara peribadi terus antara kita dan Dia.

Setiap doa yang kita panjatkan adalah antara kita dan dia. Setiap permintaan yang kita lakukan seolah hanya kita dan Dia. Sehingga kita rasakan hanya kita dan Dia yang wujud dalam alam ini. Berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa seolah setiap urusan yang kita lakukan hanya untuk khidmat kita kepada Nya.

Kita tidak mampu membohongi Allah kerana setiap cetusan fikiran kita dalam pengetahuan Allah. Apa saja yang kita fikirkan kita berdepan dengan Nya. Dia tahu apa yang kita buat dan Dia tahu apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Mintalah kepada Nya kerana Dia ada apa yang kita perlukan. Hanya Dia yang mempunyai keperluan hidup kita. Walau kita minta kepada yang lain Dia sebenarnya yang memberi. Allah maha memberi.

Janganlah kita menipu diri sendiri dengan berhajat kepada selain Allah. Jangan diharapkan benda dan sesiapa didepan kita memberi kepada kita. Mereka itu pun Allah yang beri.

Ayuh kita mulakan perubahan diri dengan membaca dan memasyurkan al quran. Wassalam

Monday, September 27, 2010

Masa susah kita

Ramai kawan tidak mampu bersama kita apa lagi membantu kita bila kita khabarkan kita dalam kesukaran waktu ini. Kawan kita tidak mampu membantu kita kerana kawan yang ada bersama kita selama ini adalah kawan yang ingin menumpang senang kita. kalau kita susah mereka tidak mampu membantu kita.

Ramai yang kecewa kerana rakan rakan tidak datang membantu dalam masa kita kesukaran. Kepada siapa kita nak mengadu kesusahan kita ini. Siapa yang hendak berganding kesusahan dengan kita bila kita susah. Kawan kawan kita mapu berkawan dengan kita jika kita tidak menyusahkan mereka.

Kita harus sedar hakikat itu. Berkongsi kesusahan tidak ada yang mampu lakukan dengan baik. Tidak ada kawan yang ikhlas membantu kita sehingga kita kembali pulih. Mereka pun susah juga. Apa yang mereka lakukan untuk kebaikan diri mereka sahaja. Jika kita meminta bantuan mereka amat sukar bagi mereka menghulur bantuan sehinggalah kita dalam kedaifan yang amat sangat. Mungkinn ada yang tampil membantu itu pun untuk sekali.

Kita mesti bersedia bersemuka dengan waktu begini. Kita kena faham situasi yang akan berlaku. Kita juga mesti bersedia lebih awal kalau kalau situasi ini terkena keatas kita. Kita tidak boleh menyalahkan kawan kita kerana mereka juga ada komitmen mereka sendiri. Mereka ada tanggung jawab mereka sendiri. Kemampuan mereka terhad. Bagaimana mereka mampu membantu kita jika sepanjang persahabatan mereka banyak bergantung secara tidak lansung dengan kita.

Jangan berharapkan bantuan kawan kawan. belum tentu mereka mampu membantu kita. Kita mesti bersabar dan berusahalah mencari jalan membina kembali kejayaan. Kembali kepada fitrah asal kita. Fitrah asal kita akan memberi gambaran jalan yang baik untuk kita berusaha mendapat kejayaan kembali. Bersabar adalah satu senjata yang dapat memberi kita masa untuk kita berfikirusaha untuk berjaya.