Wednesday, May 30, 2012

Penganjur kemusnahan akhlak remaja



Kenapa susah sangat nak buat perbandingan dengan apa yang ada didepan kita.

Satu pihak lebih banyak mendedahkan kepada rakyat tentang hiburan bagi menutup perbuatan mereka merosakkan negara.

Dalam masa yang sama mereka lebih memberi kehancuran kepada negara dengan menghidangkan kerosakan rohani untuk remaja.

Remaja yang kelaparan hiburan tanpa mengira buruk baik terus menyambut dengan rasa gembira. Nak kata apa dah perangai remaja sekarang gilakan hiburan.

Paling trajisnya usaha mendekatkan remaja terpaksa dibatalkan kerana memberi laluan hiburan yang telah dirancang dan akan dihadiri sendiri oleh PM tersayang.

Apakah PM fikirkan waktu itu. Sepatutnya remaja mendengar pemulihan akhlak diri tapi dihidangkan kerosakan akhlak demi menjayakan program bersama PM.

Nampak seperti PM gembira kerana ramai remaja datang mengunjung program dihadiri bersama dan bergembira dengan hiburan lebih kepada maksiat dari membaiki akhlak remaja.

Kau tanggunglah PM kerana menjadi salah seorang penganjur merosakkan akhlak remaja.;

Rakyat pilih Menang Menang

Kepada rakyat rakyat semua ini pesanan saya kepada rakyat semua yang cintakan keamanan di Malaysia.

Saya juga berpesan kepada diri saya sendiri bahawa kerakyatan kita di Malaysia sekarang amat membimbangkan. Sekarang kita sebenarnya dalam sesusahan untuk hidup secara aman.

Sepanjang kita hidup dalam  tahun kebelakangan ini tidak pernak kita merasa aman sebenarnya. Kita hanya digambarkan dengan keamanan dan kesejahteraan dengan pendapatan dan perbelanjaan kita.

Apa sebenar kita rasa sekarang adakah kita sebenarnya aman dengan kekayaan negara diberikan kepada kita sepatutnya. Pernahkah kita kaji dan melihat secara mendalam.

Saya mengajak rakyat melihat dengan teliti dan lebih bijak dari kebiasaan.

Kita sebenarnya dalam kesusahan. Lihatlah sekeliling kita adakah kita aman dan bahagia. Kalau kita perasan kita sebenarnya susah untuk hidup.

Perasan atau tidak kita sentiasa bersunggut dengan pendapatan kita dan perbelanjaan yang tidak pernah cukup.

Kita sentiasa diperkabarkan dengan kehilangan duit dalam dana kekayaan negara dan paling kerap kita dengar adalah perbelanjaan yang diamanahkan kepada kerajaan sekarang.

Sebenarnya telah banyak duit dari kekayaan Malaysia telah hilang atau dihabiskan oleh pemegang amanah ini. Mereka membelanjakan kekayaan negara sewenangnya. Kita yang membayar cukai tidak pernah dapat merasai kekayaan negara sewajarnya.

Apa kita patut buat dengan situasi sekarang ini. Kita tukar kerajaan untuk memegang amanah mengurus kekayaan negara kita. KIta berikan tanggungjawab ini kepada orang berlainan pendangan mereka tentang kekayaan negara milik kita.

Bagi saya jika kita mampu buat pertukaran pemegang amanah ini kita akan mendapat situasi menang menang. Kita menang kerana orang baru tentu lebih jujur dengan tugas mereka dan kita akan dapat merasai kekayaan negara lebih baik dari sebelum ini.

Untuk lima tahun pertama saya yakin kita sebagai rakyat akan mendapat hak kita yang sebenarnya. Lihatlah contoh terjadi kepada Pulau Pinang dan Selangor berapa banyak keuntungan rakyat dapat dari hasil kekayaan negeri mereka. Mereka dapat merasai sebainya dalam liama tahun ini.

Bayangkan jika pemegang amanah baru memegang amanah menjaga negara kita. Sya pasti kita akan dapat merasai apa yang dirasai oleh rakyat negeri Pulau Pinang dan Selangor malah lebih baik lagi.

Tuesday, May 29, 2012

Siapa sebenarnya yang cuba buat huru hara

Ini satu hal lagi nak ugut rakyat kalau PR kalah akan berlaku huru hara.


Bagi aku hanya rakyat yang telah lengkap dibodohkan sahaja akan percaya dengan tohmahan ini.


Sejak sekian lama pembangkang kalah dalam pilihanraya tidak pernah sekali pun berlaku huru hara dalam negara tiba tiba nak ugut rakyat akan berlaku huru hara.


Sekian lama rakyat cuba dibodohkan bukan semua yang berjayas lengkap diperbodohkan. Masih ramai yang sedar diri bahawa selama ini rakyat cuba dibodohkan agar apa saja Umno buat tidak akan dipertikai.


Rakyat tengok lah nanti siapa yang akan buat huru hara dalam negara selepas pilihan raya nanti. Pastinya Umno yang akan kalah dan tidak puas hati dengan keputusan rakyat cuba menimbulkan huru hara bagi menunjukan bahawa berlaku penipuan dalam pilihan raya nanti.


Tengok lah nanti kalau tak percaya