Perhimpunan
Umno banyak memberi gambaran bahawa mereka tidak lagi konsisten dengan pembelaan
rakyat. Perbincangan mereka lebih tertumpu kepada memburukkan pihak lawan
politik mereka.
Tumpuan
mereka itu menggambarkan bahawa mereka tidak senang dengan situasi sekarang. Umno
cuba menggambarkan kepada umum bahawa lawan politik mereka cuba memburukkan
negara dengan penipuan dan kerja merosak pemikiran rakyat.
Tidak
ada lansung perbincangan bagaimana hendak mengubah pendirian parti dengan
perubahan rakyat sekarang kerana rakyat
telah berubah selera dalam politik. Tidak ada perwakilan yang kesal dengan apa
berlaku kepada parti sekarang sehingga rakyat berpaling arah.
Rakyat
sekarang dilihat memberi masalah kepada Umno. Perubahan rakyat sekarang
mengejutkan Umno. Umno dilihat gagal memikat hati rakyat dengan perubahan dan
idea sebagai pilihan kepada rakyat memilih parti yang akan memberi kebaikan
kepada rakyat.
Umno
lebih selesa berada pada kedudukan melawan arus politik dengan menunjukkan
sifat keji dimata rakyat. Hakikat rakyat bukan membenci Umno tetapi Umno
menyifatkan mereka berdendam kepada rakyat kerana memilih pembangkang. Rakyat disifatkan
sebagai menderhaka kepada negara kerana tidak memberi sokongan kepada Umno
yang sekian lama menyifatkan sebagai satu satunya kerajaan di Malaysia ini.
Rakyat
dididik sekian lama menganggap Umno adalah kerajaan dan kerajaan adalah Umno. Parti
lain di Malaysia ini hanyalah pelengkap dasar domokrasi kononnya diperjuangkan.
Rakyat diserap pengetahuan bahawa kerajaan sekarang adalah terbaik dan satu
satunya yang dapat memberi manfat kepada negara. Diberi gambaran tidak pernah
parti lain mampu memerentah negara kerana tidak ada kemampuan. Hanya Umno
sahaja mampu memberi kemajuan kepada Malaysia.
Talah
ramai rakyat Malaysia terpengaruh dengan pengetahuan bahawa tidak akan ada
parti lain yang dapat menukar kerajaan Umno memerentah Malaysia selamanya. Apa sahaja
dilakukan Umno tidak mampu mempengaruhi sokongan rakyat.
Sekarang Umno
mendapat kejutan bila rakyat berpaling kepada pembangkang. Pusingan rakyat buat
ini memberi gambaran bahawa Umno tidak memberi keyakinan lagi kepada rakyat. Rakyat
sekarang tidak lagi melihat Umno satu satunya parti mampu memerentah Malaysia. Sememamngnya
Umno terkejut dengan situasi sekarang.
Umno
kelihatan panik dengan perubahan rakyat. Banyak tindakan dilakukan
menggambarkan bahawa Umno telah panik dengan perkembangan politik mutakhir ini.
Paling ketara dalam perhimpunan yang baru melabuhkan tirainya telah menunjukkan
bahawa semua perwakilan terpaksa menggunakan pendekatan maki hamun kepada
pembangkang bagi memulihkan sokongan rakyat. Tindakan Umno itu mengharapkan
rakyat sedar bahwa pembangkang sekarang sedang menjalankan gerakan memusnahkan
negara dengan janji tidak munasabah. Janji diberi digambarkan akan menyebabkan
negara lebih teruk dari apa dilakukan oleh Umno sekarang.
Rakyat
sekarang mampu membuat perbandingan mana terbaik untuk mereka dan tahu siapa
berhak diberi mandat untuk memerentah negara sekaligus menambah manfaat kepada
rakyat lebih baik dari apa dilakukan Umno.
Jelas sangat rakyat lebih menyokong pembangkang menerajui negara buat masa ini. Rakyat lebih berkeyakinan pembangkang dapat menyelamat negara dari dibankrapkan oleh Umno.