Thursday, September 27, 2012

Pinjamkan amanah memerentah negara kepada PR


Saya terkejut dan pelik dengan sebahagian pihak dalam membandingkan dua gabungan parti  iaitu BN dan PR tidak menggambarkan kepekaan situasi sebenar antara kedua dua gabungan ini.

 Ramai berpendapat kerajaan BN adalah satu gabungan parti politik satu satunya yang mampu memberi pembangunan kepada Malaysia. Gabuangan PR tidak dilihat mampu meberi kelebihan dalam membangunkan Malaysia kerana tidak ada sejarah bahawa PR mampu membangun Malaysia.

BN digambarkan banyak membantu rakyat Malaysia dan satu satunya parti yang telah berjasa kepada rakyat Malaysia. Telah banyak pembangunan telah dibuat sepanjang pemerentahan mereka. Tidak wajar rakyat Malaysia mencemuh BN atas jasa yang dibuat selama ini.

Dibandingkan dengan PR tidak ada sejarah jasa dibuat kepada rakyat dalam pembangunan Malaysia. PR hanya tahu dan pandai memburukkan pemerentahan BN seolah kerajaan BN tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

Jika dilihat kepada perbezaan antara BN dan PR secara zahirnya BN sebagai pemerentah dan PR adalah sebagai pembangkang dimana pembangkang adalah sebahagian dari proses kemajuan negara. Jangan ketinggalan itu.
Hakikat sebenar adalah BN memegang kantung perbelanjaan negara sedangkan PR tidak pernah memegang. Bagaimana BN memberi pandangan bahawa PR tidak layak memrentah negara kerana tidak pernah menampilkan kejayaan. Memang benar tidak pernah menampilkan kejayaan keranan PR tidak pernah diberi kesempatan meemrentah negara sepertimana BN.

Untuk membuat perbandingan sebegini PR sepatutnya diberi peluang memerentah Malaysia untuk jangka masa tertentu dan disitu dapat dinilai bagaimana prestasi pemerentahan. Dari situ kita mampu membuat perbandingan antara pemerentah BN dengan pemerentah PR. Adil dalam memberi pendapat.

Kenapa gabuangan BN bertindak menidakkan kemampuan PR seolah PR pernah memerentah negara dan pernah membuat rekod buruk dalam pemerentahan. Apa gabungan BN cakapkan ni. Adakah mereka sedar kesilapan memberi pendapat kepada rakyat menyerlahkan lagi bahawa mereka sebenarnaya tidak arif dalam politik sebenar.

Bagaimana kalau rakyat sedar bahawa BN silap menafsir kemampuan mereka. Perbandingan dengan PR adalah satu kesilapan. Mereka daif dalam mempamirkan kemampuan mereka dengan membuat perbandingan dengan parti yang belum pun diberi kesempatan memerentah negara.

Jika rakyat sedar bagi merialitikan pendapat BN adalah munasabah meemberi kesempatan kepada PR memerentah negara dan melihat prestasi PR dan sekaligus perbandingan dapat dibuat.

Kita bincang kemampuan memerentah negara tapi jika dilihat kesempatan yang telah diberi rakyat kepada negeri telah terbukti kemampuan memerentah negeri. Rata rata rakyat menganggap kerajaan PR telah lulus memerentah negeri. Ada kemampuan dan bijaksana. Apakah sukar bagi rakyat memeberi amanah memerentah negara kepada PR sebagai hadiah terbesar atas kecemerlangan dan kemampuan memerentah negeri.

Beranikah rakyat Malaysia meminjamkan amanah ini kepada PR sebagai percubaan kedua. Harap rakyat Malaysia ada keberanian.

No comments:

Post a Comment