Membahaskan pendidikan
rakyat mengguna jalanraya secara berhemah. Pendekatan terbaik digunakan sekarang
adalah dengan mendenda pesalah jalan raya. Tindakan paling mudah buat salah
akan didenda. Denda paling popular adalah dibayar dengan duit. Semakin kerap
kesalahan dilakukan semakin tinggi denda akan dikenakan.
Persoalannya adakan
dengan mendenda akan mengubah persepsi pengguna jalanraya akan berubah. Adakan akan
terdidik pengguna dengan amaran akan mendenda. Sepanjang sejarah tidak pernah
turun jumlah denda dikenakan kepada pesalah jalanraya.
Kerajaan semakin
lena dan gembira kerana hasil denda menjadi sebahagian pendapat negara. Dilihat
dan diperkatakan bahawa jika kerajaan kesempitan pendapatan punca paling mudah
untuk mendapatnya adalah dengan membuat operasi mencari pesalah dan menyaman. Bagi
pesalah yang masih tidak mahu membayar saman akan diburu sehingga dikeluarkan
perintah waran tangkap. Ada pesalah jalanraya dikutip dirumah ketika sedang
nyenyak tidur.
Kutipan dikhabarkan
mencecah jutaan ringgit sehingga dianggarkan mampu membayar gaji penjawat awam
untuk sebulan. Pengistiharan memburu pesalah jalanraya digunakan bagi
menakutkan dan memastikan pesalah jalanraya membayar saman yang telah
dikeluarkan.
Malangnya pesalah
jalanraya terpaksa memerah poket untuk membayar saman walau masih belum pasti
baki yang tinggal cukup untuk makan tengahari. Berhutang dan bergadai. Bagi mengelak
dari buru pemerentah terpaksa mencari jalan membayar saman.
Ini sebahagian
fenomena yang berlaku kepada pesalah jalanraya. Puncanya kerana penguna
jalanraya tidak patuhi undang undang jalan raya. Ada punca lain ? tentu ada
kenapa pengguna jalanraya tidak mematuhi undang undang jalanraya.
Persoalan disini
adalah kerajaan mengambil inisiatif menggunakan kuasa menyaman sebagai punca
pendapatan untuk perbelanjaan kerajaan. Seolah kerajaan lebih gemar bertindak
menyaman dan memaksa pengguna jalanraya membayar saman mereka.
Tidak ada sifat mendidik
pengguna jalanraya yang telah memebuat kesalahan. Lebih jelas mengambil
kesempatan menyaman pesalah jalanraya dan memburu supaya pesalah jalanraya membayar
saman. Mengugut dan menggunakan undang undang lebih keras untuk mengutip
bayaran saman dari rakyat sendiri.
Tidak kelihatan
mendidik rakyat supaya sedar undang undang jalanraya perlu diikuti dan
kesedaran keselamatan jalanraya perlu diutamakan.
No comments:
Post a Comment