Sifat semulajadi
manusia kalau tak suka kepada sesaorang itu apa saja yang dibuat semuanya tidak
bagu dan tidak baik. Tidak payah nak kaji samada ianya betul betul tidak baik
atau ai lebih baik.
Ini juga kerana
sifat manusia tidak dapat terima orang lain ada yang lebih baik dari mereka. Tidak
dapat terima orang lain mendapat sokongan pendapat dan kerja yang dilakukan. Selama
ini dia sahaja mendapat sokongan tiba tiba orang lain pula mendapat sokongan
menjadikan dia tidak dapat terima kenyataan.
Disebabkan marah
kerana orang lain mendapat sokongan makan dikatakan bahawa kerja orang lain itu
tidak bagus dan mendatangkan mudarat kepada orang yang meyokongnya. Bermcam alasan
diberikan bagi menunjukan kerja orang lain itu tidak bagus.
Sehingga memberi
ugutan kepada penyokong orang lain itu jika terus menyokong akan mendatangkan
mudarat dan kerugian.
Orang yang
menyokong tahu bahawa apa yang dibuat itu adalah terbaik dan memberi kepuasa
yang tidak dapat dirasa sebelum ini. Kegembiraan dan rasa puas hati ini menjadi
iri hati dan perasaan dendam timbul untuk memburukkan dan merancang merosakkan
usaha orang lain itu memberi khidmat kepada penyokong tadi.
Sifat ini perlu
dikaji semula kerana itu satu sifat yang tidak wajar lagi digunakan dalam zaman
pendedahan secara global. Penyokong mudah mendapat maklumat untuk dinilai dan
memberi respon. Respon ini akan memberi penilaian sejauh mana penyokong akan
menyokong pengusaha tadi.
Sifat terbuka
merupakan fenomena terbaru. Perlu bagi setiap pengusaha mengamalkan sifat ini .
jangan sampai pengusaha dilihat masih ketinggalan walau telah lama berada dalam
bidang pengusahaan. Tidak wajar lagi bercakap belakang dan bertindak secara
kasar kerana sifat ini membawa keburukan ketara. Sifat ini sudah tidak sesuai
lagi untuk zaman ini.
Perlu diubah agar
kita sama sama maju.
No comments:
Post a Comment