Aku dah lama tak menulis tapi dalam pada itu aku tetap membaca blog yang ditulis blogger pilihan aku. Banyak aku baca sekarang kisah Bersih yang tak habis habis lagi dibincang dalam blog.
Kebanyakan blog yang aku baca membincangkan tentang provokasi polis ketika Bersih 3 dulu. Nampak semakin banyak sasi ditampilkan memberitahu tantang tindakkan polis memulakan tindakkan untuk menaikkan kemarahan para pendemo Bersih.
Aku terfikir balik dengan banyak saksi baru memberi kanyataan mereka tindakan polis yang tidak dilihat sebagai penjaga keamanan malah sebagai agen menimbulkan huru hara dalam demo Bersih itu. Ramai rakyat yang berdemo mendapat kecederaan terpaksa dirawat dihospital.
Kalau dilihat dalam rakaman video aku macam tidak percaya dengan tindakan polis mencetuskan rusuhan bukan mengawal pendemo dari berlaku kemalangan atau tindakan luar batasan undang undang. Dalam video tidak nampak prndemo yang memulakan rusuhan itu tapi kebanyakan bermula dengan polis.
Saya sangsi polis yang bertugas semasa demo Bersih itu bukan bolis yang bertugas dibalai atau polis yang ciasa kita jumpa. Polis yang bertugas semasa demo Bersih itu samada polis simpanan FRU atau polis lain yang tidak pernah terlibat dengan rakyat. Polis ini kebanyakannya terlibat dengan tugasan pencegahan jenayah.
Tindakan mereka tidak melambangkan kemesraan polis biasa menjalankan tugas malah tidak kekok untuk memebelasah rakyat tanpa ada pertimbangan. Sikap ganas yang ditunjukkan seolah sedang berdepan dengan penjenayah.
Polis ini tidak mempunyai perasaan kesihan belas dengan membelasah rakyat. aku tidak yakin dengan polis yang bertugas semasa demo Bersih itu polis biasa yang kita jumpa di balai. Ini polis lain yang tidak pernah bertugas untuk rakyat. Polis ini hanya diberi kata dua belasah pendemo seramai yang mungkin dan jangan tunjuk belas kasihan.
Kita boleh semak muka muka yang ada dalam rakaman video bertugas diunit mana. Sudah pasti kita tak akan menemui mereka ini bertugas dibalai di Malaysia. Tidak mungkin seramai ini polis balai akan meninggalkan balai untuk datang berdepan dengan rakyat. Tambahan KDN juga tahu sikap polis balai tidak akan mampu bertindak sebegini bila berdepan dengan rakyat.
Kebanyakan polis yang bertugas waktu demo Bersih adalah dari kalangan polis muda dan sikap mereka tidak mesra rakyat. Sikap ganas mereka kita tidak pernah lihat seperti polis balai. Mereka ini memang bersikap begini dan seperti dilatih untuk buat kerja begini.
Kejadian yang menimpa wartawan dan pemerhati tidak mungkin akan berlaku jika polis yang bertugas itu dari kalangan polis balai. Aku begitu yakin polis yang bertugas semasa demo Bersih dulu adalah polis dari unit lain.
No comments:
Post a Comment