Thursday, June 14, 2012

Mana rujukan Sultan untuk murka kepada rakyat

Aku hairan bagaimana Sultan Johor dapat berita tentang kenyataan Nizar dalam twetter. Kebanyakan berita atau cerita kenyataan Nizar datang dari kenyataan akhbar. Tidak ada siapa tahu tentang kenyataan Nizar selain membaca dalam akhbar.

Aku yakin Sultan Johor dapat tahu tentang sindiran Nizar dari tulisan dalam akhbar. Tidak ada siapa yang mampu beri bukti kepada Sultan selain dari tulisan Nizar dalam twetter beliau.

Aku juga tidak faham bagaimana Sultan boleh menerima berita dari akhbar sebagai bukti bahawa Nizar menyindir Tuanku. Nizar nak jumpa dikatakan sudah terlambat kerana Tuanku sudah murka.

Aku bimbang dengan keadaan ini akan lebih buruk lagi jika kenyataan Nizar dapat dibuktikan sebagai tidak bersalah dan ini semua adalah salah faham dan kenyataan fitnah dari akhbar.

Rakyat akan faham dengan keadaan sebegini kerana rakyat sekarrang lebih cepat faham tidak seperti dulu. bagaimana nanti jika Nizar menggunakan satu usaha mengeluarkan bukti bahawa beliau tidak memebuat kenyataan memburukkan Sultan dalam tulisan twetter beliau.

Akua yakin bila ini terbukti rakyat akan faham dan akan menyokong Nizar. Sultan akan didesak menerima mohon maaf dari Nizar sebagai tindakan mengakhiri kemelut kemurkaan Tuanku.

Bagi penjahat yang melaga lagakan Tuanku dengan Nizar akan menerima saman dari Nizar kerana cuba mengeruhkan keharmonian negeri Johor sekali gus memalukan Sultan Johor bertindak atas fitnah pihak tertentu.

Bagi Nizar ini bukan suatu yang menyukarkan kerana dia yakin lebih ramai rakyat Johor faham dengan keadaan sebenar. Rakyat johor juga ada yang faham situasi Nizar tidak diberi peluang membela diri akan mendapat simpati dari rakyat Johor yang tidak gelojoh dalam menilai berita dalam akhbar.

Sultan patut sedar bahawa rujukan dalam akhbar adalah satu tindakan tidak cukup bijak untuk seorang Sultan memulakan kemurkaan beliau kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment