Ada sesuatu yang aku tahu tentang
nafsu. Apa yang aku faham tentang nafsu adalah kehendak. Nafsu suatu kehendak
untuk kepentingan diri. Nafsu keperluan diri tanpa sempadan. Nafsu juga
perbuatan kebanyakannya tidak bersesuaian dengan kehendak Allah.
Itu kefahaman aku. Kesimpulannya nafsu
memberi makna perbuatan tidak baik dimana manusia teringin hendak lakukan. Bila
nafsu dibincangkan bermakna kita sedang membincangkan satu amalan tidak baik
yang dilarang dalam Islam.
Nafsu tidak sehaluan dengan
Islam. Nafsu bertentangan dengan Islam. Bila menyebut perkataan nafsu kita akan
tahu bahawa kita sedang berbincang tentang satu amalan tidak baik dan dilarang
oleh Islam.
Kenapa nafsu ada bersama kita. Kita
sentiasa diberitahu nafsu lebih bahaya dari perang Badar. Perang dengan nafsu
lebih besar dari peperangan Badar. Nabi kita pernah berpesan setelah kita
mendapat kemenangan dalam perang Badar kita masih ada lagi perang yan ebih
besar iaitu memerangi nafsu.
Ini menunjukkan memerangi nafsu
adalah suatu yang besar dan besar. Kita perlukan kekuatan besar untuk memerangi
nafsu yang ada dalam diri kita. Kita perlu faham apa itu nafsu dulu.
Apa itu nafsu ? susah juga nak
dihuraikan kerana nafsu itu datang dari diri kita. Ia adalah perbuatan kita dan
pilihan kita. Dengan kata lain nafsu adalah keputusan kita buat untuk memilih
perbuatan kita.
Nafsu pilihan perbuatan bemula
dari kecil. Jika kita suka dengan pilihan perbuatan kita itu ia akan jadi satu
amalan kita dan kita akan lakukan setiasa dalam kehidupan kita. Pilihan ini
akan berkembang mengikut masa amalan kita. Semakin lama kita amalkan pilhan
perbuatan itu ia akan menjadi nafsu kita. Jika pilihan perbuatan itu baik kita
tidak gelarkannya nafsu malah amalan soleh tapi jika pilihan amalan kita itu
suatu bertentangan dengan Islam ia akan digelar nafsu ( perbuatan menyalahi
suruhan Islam ).
Semakin lama kita amalkan
pebuatan pilihan kita itu ( nafsu ) kita tidak lagi merasakan bahawa nafu tu
satu keburukan sehingga ia bertembung dengan hukum Islam dengan tegas melarang
perbuatan yang kita sentiasa amalkan itu.
Sebagai contoh, kita bermula
dalam hidup ini dengan makanan yang kita makan tidak menyalahi dalam Islam tapi
amalan kita itu menjadi salah bila kita melakukan tanpa kawalan dengan makan
tanpa had dan aturan diajar dalam Islam. Sehinggalah Islam memberitahu amalan
makan kita berebihan itu tidak baik untuk kekuatan Islam.
Pertentangan ini memberikan
gambaran bahawa pilihan perbuatan kita itu adalah nafsu yang perlu kita
perangi. Sedangkan pilihan perbuatan kita tu tidaklah menampakkan kesalahan
pada awal sehingga kita tidak sedar bahawa perbuatan atau amalan kita itu telah
terlebih dari saranan dalam islam.
Nafsu datang dari perbuatan kita
tidak boleh dikawal atau diubah dengan serta merta kerana kita telah
mengamalkannya terlalu lama. Untuk masa yang singkat kita tidak mampu mengubah.
Kita akan berperang dengan amalan kita (
nafsu ) untuk mengubah dari kebiasaan kepada diajar oleh Islam.
Terpulang kepada kekuatan kita
untuk mengubah kebiasaan kita mengamalkan pilihan perbuatan kita. Kekuatan ini
datang dari berapa banyak kita dapat menyerapkan ajaran Islam kedalam diri
kita. Semakin banyak kita mendengar ajaran Islam, maka semakin mudahlah kita
berlawan dengan nafsu.
Pembelajaran dalam Islam adalah
satu penilaian yang baik untuk kita menilai berapa banyak nafsu dalam diri kita
sekaligus kita akan tahu sebanyak mana kekuatan kita perlukan untuk menentang
nafsu kita.
Menyemak nafsu dengan mendengar
pengajian Islam sebanyak termampu dan kita akan melihat nafsu dalam diri kita. Ditapis
dengan ilmu Islam kita dapat melihat nafsu dengan jelas. Bila kita dapat
memahami bahawa perbuatan kita itu adalah nafsu kita akan tahu bagaimana untuk
menghilangkannya dari amalan hidup kita.
Insyaallah kita sentiasa mendapat
rahmat Allah dan dipermudahkan penentangan nafsu dalam diri kita. Dengan ikhtiar
yang tinggi kita akan mendapat pertolongan Alah. Hanya Allah mampu menolong
kita walau apa kita usahakan.
No comments:
Post a Comment