Friday, June 8, 2012

Bodoh tak boleh diajar

Kenapa lah kerajaan ni tidak berfikir dulu sebelum ambil keputusan. Aku lihat macam tak ada orang bijak dalam kementerian pengajian tinggi dengan keputusan menggantung pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.

Aku sebagai rakyat biasa ni pun tahu akibat dari tindakan membeku pinjaman kepada pelajar. Siapa tak marah dengan tindakan yang dibuat macam orang bodoh saja. Tak malu ke mereka ni sampai perli pelajar dan keluarga pelajar kerana tak sokong kerajaan.

Dah la sekarang makin ramai rakyat benci kerajaan dibuat pula perangai bodoh begini. Fikir panjang lah kalau tak nak lebih dibenci rakyat. Jangan sampai perkara ini menjadi sebab utama kekalahan dalam pilihanraya nanti.

Aku heran sungguh macam mana perkara ini menjadi agenda pentadbiran mereka. Ini bukan perkara main main. Ini melibatkan kewangan rakyat. Perkara ini boleh menjadi besar sehingga rakyat berpaling tadah tanpa rasa kesal.

Bodoh betul la menteri ni. Tak payah jadi menteri lah bagi je kat orang lain merosakkan parti saja.

No comments:

Post a Comment