Sunday, May 9, 2010

Tugas kamu terhadap Allah

Apa yang Allah suruh engkau buat, engkau buat sajalah. Janganlah persoalkan suruhan yang Allah sediakan untuk kamu. Kamu tidak tahu kenapa Allah suruh kamu buat. Allah tidak suruh kamu sia-sia. Allah akan beri kamu ganjaran yang begitu besar kalau kamu mengetahui.

Setiap suruhan yang Allah berikan pasti ada ganjaran yang Allah sediakan untuk kita. Kalau Allah tidak mahu berikan ganjaran pun tidak menjadikan apa-apa kepada kebesaran Allah. Allah memberi atas kesih dan sayang Dia kepada kamu kerana menuriut perintahNya. Allah tidak akan kehabisan pemberian walau sebanyak mana suruhan yang engkau buat dan Allah tidak akan bermasalah dengan pemberian yang Dia janjikan kepada kamu. Allah maha kaya dengan pemberian yang tidak terhingga banyaknya jika kamu mengetahui.

Janganlah kamu sangsi dengan pemberian yang Allah janjikan kepada kamu. Dia maha menepati janji. Dia tidak ada masalah dengan menunaikan janji yang diberiNya. Bukan sifat Allah jika Allah berkira dengan pemberian dan janji Nya kepada kita.

Kamu seorang manusia yang bersifat hamba perlu faham dan tahu bahawa tugas kamu adalah menurut perintah. Setiap perintah yang ditujukan kepada kamu tidak boleh kamu persoalkan kerana kamu tidak berhak. Allah tahu apa yang diperintahkan kepada kita. Dengan sifat pengasih dan penyayang Allah tahu setiap perintahnya.

Kita tidak perlu persoalkan kerana kita tidak akan faham dengan perintahNya. Tidak pewrlulah kita memahami dengan tugas yang kita perlu buat. Allah maha mengetahui dengan perintahNya.

Lakukan sajalah wahai manusia. Jangan kamu menjawdi seperti yahudi yang banyak mempersoalkan suruhan Allah sehingga menyusahkan diri sendiri kerana dihalau dari negeri sendiri. Sehingga sekarang tidak ada bumi yang sah untuk mereka duduki.

Setiap yang Allah suruh itu ada pemberian yang akan disediakan untuk kita. Allah suruh kita buat dan Allah berikan ganjaran kerana menurut perintah. Bukan murah ganjaran yang diberi keran kita sediri tidak mampu menyediakan walau sekaya mana kita.

Janganlah kamu ragu dengan kebesaran Allah. Banyak bukti yang kamu boleh dapat. Setiap perkara yang ada didepan mata kamu adalah menjurus kepada kebesaran Allah taala. Kamu saja yang tidak faham dengan apa yang kamu lihat.

Allah turunkan kepada kamu petunjuk untuk hidup dimuka bumi ini kerana Allah tahu tugas kamu berat untuk menjalankan tugas yang diperintah keatas kamu. Jalankan saja tugas yang diperintah pasti kamu akan selamat.

Friday, May 7, 2010

Menggerakkan Agenda Politik

Seorang ahli politik yang ingin cepat berjaya dalam arena ini perlu mempunyai kewangan yang mencukupi. Jika kewangan tidak seberapa alamat pergerakan politiknya akan lambat atau terbantut. Setiap kerja yang ahli politik lakukan memerlukan kepada sokongan pihak yang ingin berjuang bersama. Dalam gerakan yang akan dilakukan perlu kepada perbelanjaan. Perbelanjaan yang ada perlu cukup untuk tujuan yang dirancang.

Kewangan memainkan peranan penting dalam menjayakan perancangan yang dibuat. Kalau kewangan tidak dapat disediakan dengan cukup maka perancangan yang dirancang tidak akan berjalan dengan baik. Kewangan memberi petanda perjalanan politiknya akan bergerak sejauh mana. Ramai ahli politik yang mengejar pendapatan dulu sebagai agenda pertama. Kewangan akan dikumpul sebanyak mungkin dan sepanjang yang mungkin agar pendapatan atau kewangan masuk tanpa henti.

Kewangn yang masuk ini akan dibelanjakan untuk keperluan mengerakkan agenda politik mereka. Setiap pergerakan memerlukan perbelanjaan bagi memudahkan urusan berjalan.

Kalau saya nak jadi seorang ahli politik, syarat paling utama adaloah mempunyai kewangan yang cukup dan stabil. Kalau syarat ini tidak dapat dipenuhi susah untuk menjadi seorang ahli politik berjaya.

Ada juga ahli politik yang tidak mempunyai kwangan yang stabilo tapi masih boleh bergerak dealam arena politik. Pergerakan mereka tidak laju dan banyak memerlukan sumbangan untuk bergerak. Mereka ini bergerak tapi lambat. Hanya sokongan parti sahaja yang dapat membawa mereka naik dan mampu bertindak sebagai ahli politik.

Pengalaman peribadi sayasebagaimana diceritakan oleh kawan-kawan dan ahli politik yang telah berjaya dan pengalaman lama dalam politik.

Thursday, May 6, 2010

Pemberian Allah

Pernah kita terfikir bagaimana Allah memberi kepada kita. Apa yang kita dapat bayangkan apabila kita berbincang tentang pemberian Allah. Kita meminta kepada Allah dengan harapan kita dapat apa yang kita minta tadi. Bagaimana kita harapkan pemberian yang kita minta. Dapat seperti yang kita minta. Menerima pemberian Allah seperti yang kita bayangkan?

Kita tidak sedar Allah itu maha bijaksana. Dia lebih mengetahui apa yang hendak diberi, bila hendak diberi dan bagaiman nak beri kepada kita. Apakah kita terfikir pemberian Allah taala. Bagaimana kita bayangkan Allah akan memberi kepada kita. Seperti ibu memberi gula-gula bila kita memintanya? Permintaan kita dimakbul seperti yang kita minta.

Banya persoalan yang timbul disini kerana sebenarnya kita tidak tahu bagaimana Allah memberi mengikut kehendaknya. Tidak ada siapa yang boleh mempengaruhi keputusan yang Dia buat. Kita tidak boleh mengharap pemberian yang Allah akan beri sama seperti kita minta. Memang itu sikap kita mengharapkan pemberian Allah seperti apa yang kita minta.

Ada juga beranggapan lain yang diminta lain yang Allah beri. Matlamat permohonan kita itu tidak tercapai. Kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya mendapat pemberian Allah tetapi dalam bentuk kita tidak faham. Kita menganggap kita tidak dapat apa yang kita hajati sepertimana diminta.

Kita sememangnya tidak faham dengan pemberian Allah. Kita tidak faham kerana kita terlalu jahil dengan ilmu Allah. Kita tidak layak menilai pemberian yang kita dapat. Kalau kita sedar dengan pemberian yang Allah beri bersyukurlah jika kita tidak mendapat sepenuhnya permintaan kita tadi.

Kita tidak faham kenapa Allah tidak memberi sepenuhnya permintaan kita. Ada sebabnya. Jangan dipertikai dengan apa yang kita dapat. Bersyukur dan terima sahaja.

Apa yang jelas Allah tidak memberi semua yang kita minta kerana kita masih berada didunia. Kita masih berada ditempat yang tidak sesuai dengan pemberian sebenar Allah kepada kita. Ada banyak lagi yang Allah hendak beri tetapi tidak sesuai dengan tempat. Itu hal utama yang kita perlu ingat dan faham.

Tempat yang tidak sesuai. Pemberian Allah itu terlalu agung yang tidak tertanggung oleh dunia tempat kita tinggal sekarang. Pemberian yang kita terima itu terbaik untuk kita semasa tinggal atas dunia ini. Kita kena akui kerana kita telah beriman dengan Allah taala. Kita kena mengakui bahawa apa yang kita dapat ini adalah bersesuaian dengan tempat dan masa. Kita akan mendapat lebih dari yang kita inginkan bila kita berada ditempat yang betul. Tempat itu ialah diakhirat. Paling tepat adalah syurga.