Friday, December 3, 2010

Ikutan penulis blog

Kebanyakan blog yang saya baca berkisarkan kepada kata mengata dan memburukkan pihak lain. Penilis blog politik lebih banyak yang menggunakan perkataan yang memberi maksud mengata memburuk peribadi orang lain.

Saya tidak faham dengan tujuan mereka menulis dengan bentuk begini seolah mereka tidak irau etika dalam penulisan secara profesional. Atau mereka tidak mahu meletakkan penulisan blog mereka dalam lingkungan orang yang profesional. Menulis dengan perasaan marah, benci dan macam macam perasaan yang tidak baik digunakan.

Mengapa kita perlu memburukkan individu lain untuk memberitahu bahawa mereka melakukan perkara yang tidak betul. Tambahan mereka tidak melakukan jenayah Cuma perbezaan pendapat dlam arena politik. Mengapa perlu mengeluarkan perkataan yang buruk dan bertujuan mengaibkan pihak lain.

Saya berharap sangan penulis blog menggunakan perkataan yang lebih ilmiah dan bersopan walau tidak suka kepada individu itu. Bantahlah mereka dengan perkataan yang membawa kepada ketinggian peribadi sebagai seorang penulis.

Bukan semua penulis blog begini, ada juga yang menulis dengan keperibadian yang tinggi dan saya amat menghormati mereka ini. Saya menjadikan mereka ini sebagai penunjuk arah untuik saya mengasah bakat saya dalam penulisan blog.

Saya juga minat dalam politik kerana saya mempunyai satu tanggung jawab untuk mengembangkan dunia politik terutama dalam penulisan yang saya baru ceburi ini. Kalau kebanyakan penulis menulis dalam blog mereka menggunakan perkataan yang kurang sopan dan pembaca blog mereka sudah tentu akan terikut ikut dengan rentak dan gaya bahasa penulisan penulis blog ini.

Lebih ramailah pembaca dan pengikut politik yang akan terajar mengeluarkan pendapat dengan cara yang tidak sopan kerana telah terajar dalam bacaan mereka melalui penulis blog yang mereka ikuti.

Saya lebih gemar membaca tulisan yang bersopan walaupun penulis tidak banyak mengeluarkan butir pendapat mereka. Pembacaan tulisan yang sopan akan memberi kelapangan dalam hati kita walau kita tidak sependapat dengan penulis blog ini. Budaya kita bersopan mengapa kita menggunakan perkataan yang membewa kepada ajaran atau ikuta yang tidak baik kepda peminat tulisan kita. Berusahalah untuk mendidik pembaca kita agar mereka juga akan bersopan dalam pertentangn pendapat.

Thursday, December 2, 2010

Apa yang saya faham

Perdebatan yang berlaku kerana kenyataan PKR mengenai ketuanan melayu banyak dibincangkan dalam hampir semua media dalam tanahair. Kelihatan kemarahan atas kenyataan presiden PKR yang difahamkan menolak ketuanan melayu sepertiman diperjuangkan oleh pihak UMNO. Kenyataan presiden PKR itu menarik perhatian seorang ahli politik muda yang membuat sidang akhbar memarahi dan menunjukan kebencian atas kenyataan yang di siarkan dalam persidangan PKR baru baru ini.

Apa yang dinyatakan oleh presiden PKR adalah kalau ketuanan melayu hanya diperjuangkan untuk mendapat habuan oleh segelintir individu tertentu, perjuangan ketuanan melayu itu adalah merugikan masyaraakat Melayu. Kepura puraan yang ditunjukkan oleh pejuang ketuanan Melayu adalah lakunan semata mata. Tujuan sebenar ketuanan Melayu diperjuangkan adalah untuk pembahagian hasi bumi melayu yang mana pada satu masa ketuanan Melayu akan tergadai tanpa disedari. Ketuanan Melayu sebenarnya adalah alat untuk kepentingan golongan tertentu.

Pihak UMNO pula memahami kenyataan presiden PKR itu dengan anggapan bahawa PKR tidak mengiktiraf ketuanan melayu yang diperjuangkan dan ketuanan raja raja tidak mendapat tempat seperti sekarang. Pihak UMNO menggambarkan PKR menolak ketuanan Melayu dan mementingkan ketuanan yang lain. Bagi UMNO yang sekian lama menjuang ketuanan Melayu menjadi marah atas kenyataan itu.

Pendapat saya ketuanan Melayu telah lama jatuh dalam masa pemerentahan UMNO. Kita boleh lihat sekarang betapa orang Melayu ketinggalan dalam banyak hal. Semua itu berlaku dalam pemerentahan UMNO. Bagaimana UMNO terkejut degan kenyataan presiden PKRsedangkan Melayu semakin terpinggir dari arus perdana.

Kalau menjuang ketuanan Melayu menjadi semakin buruk dan mendapat keuntungan untuk segelintir pihak, buat apa disokong lagi pihak yang perjuangkan ketuanan Melayu ini. Adalah lebih baik diberi kepada pihak yang betul betul menjuang ketuanan Melayu.

Pendapat saya tidaklah penting sangat kalau salah mohon maaf. Ini hanyalah luahan dari saya yang kurang ilmu.

Memahami Politik

Bukan senang melayani politik kita sekarang. Kalau tak pandai menilai apa yang ahli politik buat, akan ramai yang salah tafsir dengan tindakan yang perlu diambil. Tidak kurang yang bergaduh dengan sesama kawan, jiran atau saudara dekat akibat berlainan pendapat.

Ramai pengikut politik tidak mahir menilai apa yang diperkatakan oleh ahli politik mengenai isu semasa dan perkara perkara dalam parti.

Saya bimbang dengan penerimaan masyarakat dengan perkembangan politik sekarang yang banyak memberi satu fenomena yang berbahaya kepada keputusan tindakan. Masyarakat yang tersalah tafsir dengan isu yang dibangkitkan akan melakukan tindakan yang kurang bijak. Tindakan ini akan mendorong kepada huru hara dalam masyarakat dan satu suasana yang tidak selesa akan mencengkam keharmonian masyarakat.

Agenda agenda politik yang membawa kepada tindakan agresif dan keterlaluan akan memberi tindak balas yang lebih buruk kepada masyarakat yang fanatik dalam politik. Perjaungan untuk masyarakat tidak menjadi agenda utama lagi kerana kemarahan yang tidak dapat dibendung. Dengan mengeluarkan kata kata yang akan membuat masyarakat lain tidak senang dan gusar akan tindakan susulan yang akan diambil oleh mereka yang bersifat terlalu marah.

Keharmonian dalam masyarakat tidak lagi dihiraukan memandangkan sifat menentang dan marah yang melampau. Sifat ingin manjatuhkan pihak lawan menjadi tumpuan utama agar pihak lawan tidak lagi dapat bergerak dan menjalankan agenda mereka dengan baik dan yang paling penting ialah masyarakat bersetuju dengan pihak ini menentang pihak lawan. Meranik perhatian masyarakat agar menyokong tindakan mereka untuk memastikan pihak lawan tidak berjaya dengan agenda mereka.

Tindakan seperti ini kalau terlampau dan kurang berhati hati akan membawa padah yang buruk kerana tentangan dari pihak lawan akan menjadi satu medan perang saraf. Perang ini akan beransur menjadi besar jika tidak dibendung. Bagi masyarakat yang tidak mahir dengan selok belok dalam rencah politik akan terikut ikut dengan rentak isu yang dibawa.