Thursday, December 2, 2010

Memahami Politik

Bukan senang melayani politik kita sekarang. Kalau tak pandai menilai apa yang ahli politik buat, akan ramai yang salah tafsir dengan tindakan yang perlu diambil. Tidak kurang yang bergaduh dengan sesama kawan, jiran atau saudara dekat akibat berlainan pendapat.

Ramai pengikut politik tidak mahir menilai apa yang diperkatakan oleh ahli politik mengenai isu semasa dan perkara perkara dalam parti.

Saya bimbang dengan penerimaan masyarakat dengan perkembangan politik sekarang yang banyak memberi satu fenomena yang berbahaya kepada keputusan tindakan. Masyarakat yang tersalah tafsir dengan isu yang dibangkitkan akan melakukan tindakan yang kurang bijak. Tindakan ini akan mendorong kepada huru hara dalam masyarakat dan satu suasana yang tidak selesa akan mencengkam keharmonian masyarakat.

Agenda agenda politik yang membawa kepada tindakan agresif dan keterlaluan akan memberi tindak balas yang lebih buruk kepada masyarakat yang fanatik dalam politik. Perjaungan untuk masyarakat tidak menjadi agenda utama lagi kerana kemarahan yang tidak dapat dibendung. Dengan mengeluarkan kata kata yang akan membuat masyarakat lain tidak senang dan gusar akan tindakan susulan yang akan diambil oleh mereka yang bersifat terlalu marah.

Keharmonian dalam masyarakat tidak lagi dihiraukan memandangkan sifat menentang dan marah yang melampau. Sifat ingin manjatuhkan pihak lawan menjadi tumpuan utama agar pihak lawan tidak lagi dapat bergerak dan menjalankan agenda mereka dengan baik dan yang paling penting ialah masyarakat bersetuju dengan pihak ini menentang pihak lawan. Meranik perhatian masyarakat agar menyokong tindakan mereka untuk memastikan pihak lawan tidak berjaya dengan agenda mereka.

Tindakan seperti ini kalau terlampau dan kurang berhati hati akan membawa padah yang buruk kerana tentangan dari pihak lawan akan menjadi satu medan perang saraf. Perang ini akan beransur menjadi besar jika tidak dibendung. Bagi masyarakat yang tidak mahir dengan selok belok dalam rencah politik akan terikut ikut dengan rentak isu yang dibawa.

No comments:

Post a Comment