Sunday, December 5, 2010

Pulau Pinang hak Kedah

Timbul lagi satu isu baru mengenai pemilikan Pulau Pinang dikatakan hak milik Kedah. Perkar ini telah diwar warkan akan menjadi perkara yang akan berlanjutan. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah ( PSMCK ) telah membuat sidang akhbar mengenai sejarah sebenar Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Perkara ini dijangka berpanjangan kerana perkar ini akan dibawa ke pengadilan jika tidak berhasil dengan cara pengkajian sejarah. Mengikut sejarah yang dibentangkan oleh Badan Bertindak Pulau Pinang sepatutnya diserahkan kembali kepada Kedah oleh pemerentah Inggeris dulu kerana Pulau Pinang dan Seberang Prai dipajak kepada Inggeris. Ini kerana waktu itu Kedah diancam oleh Siam. Mengikit keterangan sultan Kedah waktu itu meminta bantuan Ingeris untuk menjaga Kedah dari diserang oleh Siam.

Walau apa pun sejarah yang berlaku zaman Inggeris dulu perkar ini akan menjadi besar kerana perebutan akan berlaku. Kedah akan mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Pulau Pinang akan pertahankan hak mereka yang telah lama wujud dalam negeri negeri dalam Malaysia.

Perkara yang penting dalam hal ini adalah kenapa sekarang ditimbulkan isu ini. Apakah ada agenda lain yang tersmat dalam isu yang timbul ini

No comments:

Post a Comment