Saturday, December 18, 2010

Blogger menipu

Selama saya membaca tulisan blogger makin banyak blogger yang membuat cerita lebih kepada membuat cerita sensasi tapi tidak bertepatan dengan fakta. Cerita yang ditulis semata mata untuk menarik pembaca membaca cerita merapu yang tak ada sopan dalam penyampaian.

Saya hairan kenapa ramai yang suka membaca cerita yang dibawa sedangkan kita dapat tahu bahawa cerita blogger ini banyak yang tidak betul. Melihat kepada tajuk yang diletakkan amat memeranjatkan. Tentu cerita yang hendak disampaikan perkara yang penting. Apabila kita membaca serita yang ditulis dalam blog mereka tidalah sepertimana tajuk yang kta baca. Cerita yang ditulis tidak membawa kepada perkara yang sebenar.

Sukar untuk kita ambil kira dengan apa yang mereka ini tulis kerana tulisan mereka macam ikut sedap tangan saja. Mereka ini seolah menulis untuk menarik pembaca seramai yang mungkin. Mereka ini juga boleh dikatakan menulis untuk cari makan tanpa peduli tulisan mereka tidak beretika.

Menghairankan saya kenapa ramai yang gemar membaca tulisa mereka ini sedangkan pembaca ini tentu tahu dengan situasi yang berlaku dengan berita yang disampaikan melalui blog tidak betul. Tulisan itu hanya sekadar menarik pembaca membaca tulisan mereka dan mengumpul pengunjung blog mereka seramai mungkin.

Saya berpendapat pembaca blog mereka adalah jenis orang yang suka kepada berita sensasi walau cerita yang dibaca tidak menggambarkan keadaan sebenar. Membaca hanya menyedapkan mata dan menghiburkan hati. Manusia jenis ini bagi saya amat bahaya kerana menggalakkan pembohongan berleluasa dalam penulisan.

Pembaca harus sedar bahawa membaca tulisan begini akan member satu pulangan yang amat merugikan masyarakat kita. Masyarakat akan sentiasa dihidang dengan cerita atau berita tidak betul. Masyarakat akan setiasa membaca artikel menipu dan gambaran yang salah.

Penyakit ini akan merosakkan masyarakat akibat besar akan merosakkan keharmonian kemasyarakatan.

No comments:

Post a Comment