Friday, December 3, 2010

Kuasa memilih rakyat

Berapa ramai rakyat yang sedar bahawa betapa besarnya kuasa yang ada pada tangan mereka menntukan kerajaan yang akan memerentah negaa ini. Perhatikanlah waktu pilhanraya yang berlansung bertungkus lumusnya parti politik dan perayu undi mengajak kita mengundi parti mereka. Tidak sedarkah kita pentingnya kita waktu itu untuk kepentingan negara.

Hanya kita sahaja yang mampu mengubah karektor negara yang kita cintai ini. Ditangan kitalah terletaknya ketentuan parti mana yang akan memerentah negra ini dan setakad mana kekuatan mereka berkongsi pemerentahan dengan pihak pembangkang atau pihak lawan.

Semua itu kita yang akan tentukan dan kita juga yang mencorak politik di negaa kita. Semua itu kita mampu lakukan dengan kekuata satu suara dan kefahaman dalam kencah politik. Pilihlah pemimpin politik kita yang mampu memberi kita kebaikan dan menghormati kta sebagai rakyat yang memberi mereka kuasa memerentah.

Apa yang rakyat lakukan sekarang adalah bertindak sebagai penyokong parti. Tanpa mengira apa yang telah parti itu lakukan kepada kita oleh kerana kita telah lama menyokong atau minat kita kepada sesaorang membuatkan kita terus menyokong walau kita tertindas. Kita menyokong mereka bukan kerana kita nak pastikan kita diberi pembelaan dan kita dijga sebagai rakyat Malaysia.

Pemimpin politik mesti menghormati kita sebagai rakyat yang mempunyai kuasa menentu kerajaan yang memerentah negara.bersatu hati kita dan kemahiran kita sebagai pengundi menentukan pemerentah negara ini adla satu senjata yang amat berguna untuk kita guna kepada pemimpin politik yang berada dalam arena politik.

Kita adalah tuan mereka yang sepatutnya mereka hormati dan takut dengan kuasa kita sentiasa memerhati tugas yang mereka jalanan adakah memberi kebaikan kepada kita atau tidak.

Rakyat sekarang berpolitik secara berpuak puak dan bersuku suku. Puak aku puak aku puak engkau puak engkau. Rakyat tidak menentukan pemerentah yang akan mentadbir negara ini dari pemimpin yang menghormati kita sebagai rakyat yang berkuasa. Sepatutnya kita sebgai rakyat menentukan kerajaan bukan kerajaan menentukan kita memilih kerajaan mana untuk mentadbir negara kita. Kita tidak boelh dipengaruhi tetapi kita boleh di beri pendapat dan cadangan apa yang baik perlu dipilih.

Terpesongnya kefahaman rakyat dalam memilih parti yang memerentah negara. Rakyat sepatutnya berada dihirarki paling atas dalam pentadbiran negara. Bukan puak atau suku yangmenentukan apa rakyat patut pilih dan tentukan.

No comments:

Post a Comment