Saturday, December 4, 2010

Lain cakap lain faham

Saya terbaca dalam blog yang saya ikuti mengatakan penasihat undang undang UMNO mencadangkan presiden PKR diambil tindakan undang undang ISA atas kenyataan beliau dalam kongres PKR baru baru ini. Saya baca disini.

Saya petik ucapan presiden PKR : "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korap, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi."

Saya baca ucapan beliau dan juga dalam blog juga ada mengulangi perkataan yang beliau ucapkan itu seperti diatas, tidak lah kelihatan mendatangkan bencana kepada negara. Itu pendapat beliau atas tindakan segelintir golongan yang berjuang atas nama melayu tapi pada masa yang sama menggunakan melau untuk kepentingan sendiri dan golongan mereka.

Tidak kelihatan ancaman yang di lakukan oleh beliau. Mengapa presiden PKR dikecam dan dicadangkan tindakan ISA. Mengenai raja raja melayu tidak tersentuh pun kedudukan mereka walau sedikit pun.

Apa yang berlaku adalah tafsiran pihak UMNO yang cuba mencipta satu isu besar alam permainan politik. Bagi mensedapkan lagi isu ini dilibatkan sekali dengan raja raja melayu dengan diberi gambaran yang tidak baik dan mengancam kedudukan raja raja.

Saya juga tida terbaca dalam artikal yang disiarkan mengulangi kata kata presiden PKR samada dalam tulisan atau siaran.

Perkara ini dibesarkan sebagai senjata menyerang PKR dan PR sebagai persediaan pilihanraya nanti. Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat sebagai lari dari perkara sebenar sepertimana diucapkan oleh presiden PKR.

Lain yang oramg ucapkan lain pula yang dia faham lepas itu diperbesarkan perkara itu sebagaimana kefahaman mereka yang salah itu.

Mengejutkan saya dicadangkan presiden PKR dikenakan tindakan ISA. Memalukan rasanya saya atas perkara yang berlaku.

Kenapa tidak diulas betul betul ucapan itu dan difahami dengan cara terbuka. Tindakan ini akan memakan diri sendiri jika perkara ini diulas dengan lebih lanjut dan mendalam.

Saya percaya isu ini akan memakan diri sendiri bagi emreka yang menyalah tafsirkan kenyataan yang dibuat oleh presiden PKR.

No comments:

Post a Comment