Selepas konvensyen diadakan berapa lama BN boleh bertahan dengan suasana politik dalam negara sekarang. Buat masa ini apa yang dapat dilihat adalah keresahan BN dalam garang. BN cuba menunjuk garang dalam konvensyen yang diadakan beberapa hari lepas tidaklah menunjukan bahawa BN akan menuju lonjakan sokongan dari rakyat. Kalau kita lihat apa yang ditunjukan oleh perhimpunan yang dibuat oleh kerajaan Selangor menuntut keadilan dalam perkhidmatan air untuk rakyat Selangor dari kerakusan pihak Syabas.
Sokongan rakyat yang sudi tandatangan sebagai sokongan kepada kerajaan Selangor sungguh menakjupkan. Ditambah lagi sokongan rakyat untuk berarak menuju ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung juga mendapat sukongan yang amat membanggakan.
Bagaimana kalau BN yang menganjurkan perarakan sebegini, adakah mereka akan berjaya seperti kerajaan Selangor anjurkan. Saya tidak pasti dengan sokongan rakyat seperti kebiasaan anjuran kerajaan BN mengajak rakyat berdemo. Hasilnya membanggakan dalam gagal !
Bagaimana tidak gagal kehadiran dipaksa dan kehadiran yang dipanggil bersyarat. Untuk meramaikan kehadiran diberi duit saku. Walaupun kelihatan ramai tapi kita tahu bahawa kehadiran mereka adalah kerana dipancing dengan wang saku dan makanan yang disediakan sebagai habuan atas kehadiran. Kehadiran juga disediakan kenderaan untuk memunggah rakyat dari tempat kediaman untuk dihantar ketempat anjuran dibuat. Begitu juga akan dihantar pulang dengan kenderaan yang disediakan.
Kalau semua ini tidak disediakan maka akan kelihatanlah penganjur saja yang akan berdemo. Kehadiran yang dipaksa membuatkan rakyat merasa mual dengan tindakan penganjur menganjur satu satu program. Kebanyakan anjuran kerajaan BN akan memaksa kehadiran staf kerajaan dan kehadiran diambil catat. Takut tindakan akan diambil jika tidak hadir maka staf kerajaan terpaksa datang juga 'terpaksa dalam rela'.
Dapat dilihat dimana mana saja anjuran kerajaan BN akan berlaku perkara yang sama. Kehadiran yang terpaksa tanpa kerelaan. Kita boleh lihat dalam program menyelamatkan Selangor, berapa ramai yang datang mengikuti penerangan yang dibuat. Program itu boleh dianggapkan gagal.
Berlainan sekali dengan anjuran PR memanggil rakyat untuk berdemo atau apa berkumpul. Rakyat akan datang tanpa dipunggah juga tidak diberi duit saku sebagai galakan kehadiran. Rakyat akan datang dengan perbelanjaan sendiri dan bekalan makanan sendiri sebagai tanda sokongan penuh kepada PR dalam menganjur apa saja. Semua itu adalah inisiatif rakyat yang sayangkan PR sebagai perti yang akan membela mereka bila PR menerajui negara nanti.
Kita tahu BN gerun melihat rakyat memberi sokongan kepada PR. Tapi kerana sombong dan tidak mahu mengaku kalah terus mendapik dada kekuatan masih lagi ada dalam BN.
Terhumbanlah nanti dalam pilihanraya akan datang.
No comments:
Post a Comment