Friday, December 3, 2010

Tersedar dari kebiasaan

Kebiasaan kita melalui jalan yang sama untuk kesatu satu tempat. Sejak dahulu lagi kita melalui jalan itu tanpa masalah dan tidak ada perkara tidak baik berlaku. Kita menganggap jalan itu adalh terbaik untuk kita lalui kerana tidak pernah ada orang menegur atau melarang kita dari menggunaka jalan itu.

Satu masa kita diberitahu bahawa jalan yang kita lalu selalu itu adalah jalan yang tidak selamat lagi dan jalan itu sebenarnya adalah jalan yang salah. Kita ditunjuk jalan yang baru yang dikatakan jalan paling selamat dan terbaik.

Kita marah kerana mengganggu jalan yang kita biasa lalu dan sejak dulu lagi kita menggunakan jalan itu tidak pernak ada orang memberitahu jalan iru adalah jalan yang salah dan merbahaya. Kita marah kepada penasihat itu kerana cuba merosakkan laluan yang sekian lama kita guna. Pesanan yang diberi itu membuat kita sara seperti dihina kerana masih menggunakan jalan yang tidak sepatutnya kita gula lagi kerana jalan itu tidak sesuai untuk kita lalu sekarang.

Orang itu menunjukkan jalan baru dan memberitahu bahawa jalan yang kita lalu selama ini bukan jalan terbaik. Kita perlu tinggalkan jalan itu dan menggunakan jalan yang lebih baik dan lebih selamat.

Samalah dengan pesanan Datuk Seri Anuar Ibrahim mengenai ketuanan melayu yang menyebabkan ramai orang melayu tesentak kerana tidak pernak ada sesiapa yang berani mempersoalkan ketuanan melayu. Digambarkan seolah melayu akan hilang dalam dunia ini dan di Malaysia ini akan runtuk monarki kemelayuan.

Dasyat jika kita meneliti gambaran yang ditulis dalam blog dan artikal. Seolah Melayu tidak lagi dihormati dan bakal dilumatkan oleh bangsa melayu sendiri dan bangsa lain yang sekongkol dengan melayu tadi.

Saya baca disini terasa lapang kerana dalam hidup kita bangsa bukan perkara pokok. Apa yang lebih penting adalah keimanan kita kepada Allah. Sekuat mana Islam kita kepada Allah. Itulah ukuran yang patut kita perjuangkan jangan sesiapa atau apa yang berani menggugat walau seinci.

Melayu hanyalah salah satu bangsa yang Allah jadikan didunia ini untuk pengukuhan iman kita. Banyak ayat al Quran menerangkan persoalan ini. Bagi saya tidak perlulah kita terlalu taksub dengan ketuanan melayu kita.

No comments:

Post a Comment