Sunday, December 5, 2010

Serkap jarang

Datuk Dr Awang Adik mendakwa perbelanjaan yang dikelurkan dalam menjayakan ekspo Cheng Ho sebanyak 10 juta. Datuk Hj Husam Musa meminta Datuk Dr Awang Adik mengemukakan bukti dakwaan beliau.

Melihat apa yang dilakukan oleh Awang Adik itu sama apa yang dilakukan oleh Datuk Noh Omar mendakwa bahawa perbelanjaan majlis maka tengahari bersama Sultan Selangor sebanyak 800 ribu. Dakwaan sampai sekarang masih belum dikemukakan. Untuk mendapat perhatian media agar nama dia tidak tenggelam dalam arus politik. Tindakan ini juga dibuat kerana melihat apa yang Datuk Noh mendapat perhatian media atas dakwaan yang tidak berasas.

Untuk mendapat perhatian media dan menjadikan diri diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia, dakwaan ini dilakukan. Mungkin untuk beberapa ketika nama Awang Adik akan terpampang dalam dada akhbar dan media eletronik. Datuk awang Adik akan diperbincangkan untuk seketika masa. Ini baik untuk peranan politik beliau agas berada dihati rakyat walau tindakan beliau dianggap ada kebodohan. Perkara perama yang dipandang adalah meniru tindakan Datuk Noh dan tohmahan yang dibuat tidak masuk akal dan tidak munasabah.

Kita lihat nanti perkembangan isu ini kerena datuk Husam meminta Datuk Awang Adik mengemukan bukti dari apa yang didakwakan. Jika tida dapat memberi bukti itu tindakan selanjutnya akan diambil oleh Datuk Husam.

No comments:

Post a Comment