Saya baru tersedar bahawa kerajan tidak pernah membincangkan dengan rakyat tentang kenaikkan harga barang. Bila kerjaan bercadang hendak menaikkan harga barang rakyat tidak dibawa berbincang dan dimaklum sebelum kenaikan dibuat.
Saya tidak tahu kenapa kerajaan menaikkan harga barang beberapa jam sebelum tarikh. Rakyat hanya tahu untuk masa beberapa jam sebelum harga barang dinaikkan. Bila rakyat tahu bahawa barang akan dinaikkan harga seolah olah telah terlambat untuk bertindak kekedai mendapatkan barang dengan harga lama.
Saya tidak faham kenapa kerajaan melakukan kepada rakyat begini. Rakyat diakhiri dalam perubahan yang kerajaan lakukan. Rakyat tidak tahu apa yang kerajaan lakukan hinggalah saat akhir dikira terlewat.
Adakah kerajaan akan mengalamu kesukaran jika memberitatu rakyat sehari sebelum atau seminggu sebelum harga barang dicadang kenaikannya. Abgi saya rakyat tidaklah didahulukan. Rakyat tidak diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
Rakyat seolah olah akan meberi kesukaran kepada kerajaan untuk memerentah negara jika diberi keutamaan dalam pentadbiran. Kenapa perkara ini seolah disembunyikan dari pengetahuan rakyat sehingga saat akhir dimana rakyat tidak mampu melakukan apa apa untuk menyapa kerajaan atas tindakan yang akan dilakukan.
No comments:
Post a Comment